Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

11 Negara Paling Selamat Berlindung Jika Perang Dunia Ke-3 Meletus
Ketegangan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran telah mencetuskan semula kebimbangan global bahawa Perang Dunia Ketiga mungkin bakal tercetus.
Baru-baru ini, Israel telah melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Iran, dengan campur tangan Amerika Syarikat (AS) yang menyerang beberapa tapak nuklear penting milik negara tersebut.
Di sisi lain, Ketua Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sebelumnya pernah memberi amaran bahawa sebarang serangan oleh AS akan mengundang balasan yang serius.
Dalam kenyataan di televisyen negara, beliau juga menegaskan bahawa Iran tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk perdamaian yang dipaksakan.
Dalam suasana dunia yang tidak menentu ini, ramai individu di seluruh dunia mula memikirkan langkah menyelamatkan diri.
Antara yang difikirkan ialah negara-negara yang mungkin boleh menjadi tempat perlindungan sekiranya konflik berskala besar seperti Perang Dunia Ketiga benar-benar berlaku.
Justeru, Economic Times mendakwa berikut adalah senarai negara yang dianggap paling selamat untuk didiami sekiranya dunia dilanda peperangan global.
Walaupun bukan sebuah negara, Antartika dianggap lokasi paling selamat dalam senario perang nuklear kerana kedudukannya yang sangat terpencil di kutub selatan.
Ia tidak mempunyai nilai strategik ketenteraan dan keluasan tanahnya yang mencecah 5.4 juta batu persegi memberi ruang perlindungan yang luas, lapor Economic Times.
Menurut Economic Times, Iceland terletak jauh di utara dan dikenali sebagai salah satu negara paling aman di dunia.
Negara ini tidak pernah terlibat dalam sebarang peperangan dan mempunyai kadar jenayah yang sangat rendah.
Jelas Economic Times, Afrika Selatan mempunyai tanah yang subur, sumber makanan yang banyak serta bekalan air bersih.
Ia juga memiliki infrastruktur moden, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk kehidupan mandiri sekiranya berlaku kekacauan global.
Negara kepulauan terpencil ini terletak sekitar 2,700 batu dari Australia. Fiji memiliki sumber asli yang kaya dan tersenarai tinggi dalam Indeks Keamanan Global.
Kehadirannya yang jauh dari negara-negara kuasa besar menjadikannya lokasi yang kurang berisiko diserang, lapor Economic Times.
Chile membentang lebih 4,000 batu di sepanjang pesisir barat Amerika Selatan.
Negara ini mempunyai pelbagai hasil pertanian dan sumber asli yang penting.
Infrastruktur Chile juga antara yang terbaik di benua Amerika Selatan.
Argentina sering dianggap sebagai antara negara yang mampu bertahan dalam senario kelaparan global selepas perang nuklear.
Hasil tanaman yang banyak menjadikannya penyumbang utama kepada bekalan makanan jika berlakunya musim gelap akibat debu radioaktif, jelas Economic Times.
New Zealand menduduki tempat kedua dalam Indeks Keamanan Global.
Negara ini mempunyai sejarah berkecuali dalam konflik global serta lokasi yang terpencil dan berbukit-bukau menjadikannya sukar untuk diceroboh.
Tambah Economic Times, ia juga tidak tersenarai dalam radar utama kuasa besar dunia.
Dengan penduduk seramai hanya 11,000 orang, Tuvalu merupakan sebuah negara kepulauan kecil yang terletak di antara Hawaii dan Australia.
Menurut Economic Times, infrastruktur yang lemah dan sumber asli yang terhad menjadikannya kurang menarik sebagai sasaran ketenteraan.
Switzerland sinonim dengan keamanan dan bersikap berkecuali sejak Perang Dunia Kedua.
Negara ini dilengkapi dengan sistem perlindungan bawah tanah yang canggih dan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau memberikan perlindungan semula jadi daripada serangan, tulis Economic Times.
Greenland merupakan pulau terbesar di dunia dan sebahagian daripada wilayah Denmark.
Dengan populasi kecil sekitar 56,000 orang serta kedudukannya yang sangat terpencil, Greenland tidak memiliki nilai strategik dan tidak menjadi sasaran utama mana-mana kuasa besar dunia, lapor Economic Times.
Menurut Economic Times, Indonesia mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan aktif sejak era Presiden Sukarno.
Negara ini tidak berpihak dalam konflik antarabangsa dan sentiasa mengutamakan keamanan dunia.
Pendekatan ini menjadikan Indonesia sebagai antara negara yang kurang berisiko terlibat dalam konflik global, tambah Economic Times.
BACA: Ketahui ‘Padah’ Penutupan Selat Hormuz
Sumber: Economic Times