Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Kongsi Surat Cinta Ayah Untuk Ibu, Buat Ramai Ikut “Blushing”
Zaman sekarang, kalau rindu, terus WhatsApp. Kalau terasa hati atau marah, laju jari menaip mesej panjang-panjang, siap guna beragam emoji. Semuanya cepat, mesej sampai dalam beberapa saat saja.
Tapi cuba bayangkan zaman dulu. Masa tu tak ada telefon bimbit, tak ada WhatsApp, tak ada internet. Kalau hati terasa rindu, tak ada pilihan lain selain menulis surat.
Ya, surat tulisan tangan. Lepas tulis, kena lipat elok-elok, masukkan dalam sampul, tampal setem dan pos. Tapi surat itu tak sampai dalam lima saat macam mesej sekarang.
Nak sampai ke tangan penerima, kadang-kadang ambil masa berhari-hari, malah berminggu-minggu pun ada. Tapi itulah yang buat cinta zaman dulu lebih istimewa, kan?
Baru-baru ini, seorang wanita mencuri perhatian ramai apabila memuat naik koleksi surat cinta arwah ayahnya buat ibu tercinta.
Bukan satu, bukan dua, tapi banyak helaian surat tersimpan kemas.
Macam baca novel cinta klasik, rata-rata warga maya ‘mengakui’ blushing membaca bait-bait kata yang tersusun indah.



Menjengah ke ruangan komen, tak kurang juga warga maya yang berkongsi kisah cinta ibu bapa masing-masing.
“Mak ayah saya pun ada surat cinta dari Malaysia ke London. Mereka terpisah tiga tahun. Setiap ayat saya baca, memang sweet sangat. Semoga Allah kurniakan cinta sebegitu buat saya…”
“Abah saya dulu garang, tapi bila mak tunjuk surat-surat dia… Masya-Allah, lembut dan romantik sangat. Dalam hati memang ada taman,”
BACA: Lelaki Ziarah Pusara Ibu, ‘Borak’ Guna Bahasa Isyarat Undang Rasa Sebak
BACA: 11 Negara Paling Selamat Berlindung Jika Perang Dunia Ke-3 Meletus
BACA: Ketahui ‘Padah’ Penutupan Selat Hormuz
Sumber: TikTok @azlynothman