Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
syed saddiq lepas bebas
Gambar: BERNAMA

Syed Saddiq Lepas, Bebas Daripada 4 Pertuduhan

Hannah

Syed Saddiq Lepas, Bebas Daripada 4 Pertuduhan

Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini berkaitan empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, selepas membenarkan rayuan yang difailkan oleh perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Pihak pendakwaan gagal membuktikan bersubahat walaupun dalam kes prima facie.

“Tindakan menyuruh, mengarahkan, atau memerintahkan seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan wang. Perbuatan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perlakuan fizikal jenayah),” kata hakim Datuk Noorin semasa membacakan hujahannya.

Untuk info, prosiding rayuan hari ini dikendalikan oleh peguam bela Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili perayu, manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan.

BACA: Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini

Terdahulu, pada 9 November 2023, Syed Saddiq telah memfailkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan, iaitu bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, menyalahgunakan harta dan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.

Ahli Parlimen berusia 32 tahun itu didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan menguruskan dana berjumlah RM1 juta, dengan melakukan pecah amanah terhadap wang tersebut.

Kesalahan itu didakwa berlaku di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 pada 6 Mac 2020, dan didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan, serta denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq dituduh menyalahgunakan wang RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise daripada akaun Maybank Islamic Berhad untuk kepentingan dirinya sendiri, dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya antara 8 hingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

BACA: Hadif Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran

Beliau turut berdepan dua lagi pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, iaitu memindahkan masing-masing RM50,000 dari akaun Maybank Islamic miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera milik sendiri.

Kesalahan ini didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Kedua-dua pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram jika sabit kesalahan.

BACA: Lelaki Maut Nahas Babit Tiga Kenderaan Di Port Dickson

Sumber: Astro Awani