Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahmad Shabery Tamat Tugas Sebagai Pengerusi FELDA 

Hannah
pengerusi FELDA tamat tugas
Gambar: BERNAMA

Ahmad Shabery Tamat Tugas Sebagai Pengerusi FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini secara rasmi mengumumkan penamatan kontrak Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA, berkuat kuasa serta-merta bermula 30 Jun 2025.

Menurut kenyataan rasmi FELDA hari ini, tugas rasmi terakhir beliau ialah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi FELDA yang berlangsung pada jam 2.30 petang tadi.

“Sepanjang dua tahun menerajui FELDA, beliau telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara FELDA dan anak-anak Syarikat terutama dalam mempercepatkan penyahsenaraian FGV Holdings Berhad, sekali gus mengembalikan keyakinan rakan strategik serta mempertingkatkan imej dan prestij FELDA.

“Pendekatan beliau diterjemahkan melalui gagasan ‘Segalanya FELDA’ yang kini menjadi teras penyatuan organisasi dan komuniti,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusan dan seluruh warga FELDA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa, sumbangan serta kepimpinan Dato’ Sri Ahmad Shabery sepanjang memegang amanah sebagai Pengerusi FELDA.

Gambar: BERNAMA

BACA: CIMB Peruntuk Komitmen RM200 Juta untuk Pertumbuhan Inklusif

BACA: Selangor Tubuh Jawatankuasa Khas Cegah Insiden Kebakaran Putra Heights Berulang – MB

BACA: Sultan Selangor Berkenan Jenamakan Semula UPM Kampus Bintulu Kepada UPM Sarawak

Sumber: BERNAMA