Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Wanita Luah Rasa Kecewa, Suami Kerap Keluar “Jogging” Rupanya Bertemu Kekasih Gelap
Budaya bersenam sememangnya satu aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah turut memberikan ketenangan kepada minda.
Ia juga menjadi satu bentuk terapi semula jadi apabila seseorang dapat menikmati udara segar sambil menghayati keindahan alam sekitar yang menghijau, sekali gus melegakan tekanan harian dan memperbaiki kesihatan mental.
Jadi, tidak hairanlah mengapa amalan sihat ini semakin menjadi satu ikutan atau trend dalam kalangan masyarakat masa kini, tanpa mengira usia mahupun latar belakang.
Ditambah pula dengan kemunculan pelbagai kelengkapan moden seperti kasut sukan pintar, jam dan aplikasi larian yang memantau kecergasan diri, menjadikan aktviti ini lebih menarik dan menyeronokkan.
Namun lain pula ceritanya mengenai topik ini yang menjadi mimpi ngeri dalam hidup seorang wanita mengenai suaminya.
Megan Mcgee, 29, dalam perkongsiannya memberitahu bahawa suaminya merupakan seorang tentera yang bertugas di luar negara. Apabila pulang, dia mendapati suaminya gemar keluar bersenam tanpa ditemani.
Pada mulanya, dia berasa kasihan dan mahu menemaninya bersenam bersama. Namun, setiap kali dia ingin menemani lelaki itu, pelbagai alasan diberikan namun Mcgee tidak mengeyaki perkara yang disembunyikan suaminya.
Sehinggalah pada satu hari, suaminya secara tiba-tiba menyatakan mahu mengambil masa ‘berehat’ seketika daripada perkahwinan mereka.
Curiga dengan perubahan tingkah laku suaminya, Mcgee mula merisik segala kegiatan yang dilakukan oleh suaminya.
Perasaan curi terhadap segala tindak-tanduk suaminya akhirnya terjawab apabila Mcgee memeriksa rekod peta laluan larian lelaki itu dalam aplikasi larian di dalam telefon pintar.
Luluh hari seorang isteri mengetahui suami yang dicintai berlaku curang di belakangnya.
“Apa yang saya jumpa adalah dalam peta larian aplikasi ialah dia mula lari dari rumah kami dan tamat di rumah seorang perempuan,” luahnya.