Applecrumby® Menjadi Jenama Lampin Persendirian Pertama di Dunia Meraih Paten Utiliti untuk Teras Penyerap 100% Bebas Klorin
KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 – Applecrumby®, jenama penjagaan bayi yang dipercayai di Malaysia, berbangga menjadi jenama lampin persendirian pertama di dunia yang dianugerahkan Paten Utiliti untuk Teras Penyerap 100% Bebas Klorin (TCF). Kejayaan ini bukan sahaja menetapkan penanda aras global baharu dalam inovasi lampin, malah turut meningkatkan keselamatan dan ketelusan produk.
Applecrumby® akan memperkenalkan inovasi berpaten ini di ekspo bayi terbesar di Malaysia yang berlangsung bermulai 3 hingga 6 Julai 2025 ini bertempat di Pusat Pameran Mid Valley. Pada acara ini, Applecrumby® akan melancarkan dua produk baharu: lampin PureBasics™ versi baharu yang telah dirumus semula, dan beg lampin wangi yang boleh biodegradasi. Kedua-duanya direka untuk menawarkan penjagaan bayi yang lebih selamat dan mampan kepada lebih ramai keluarga.
“Ini bukan sekadar tentang paten, ia membuktikan bahawa teknologi yang kami bangunkan benar-benar kukuh, bukan sekadar dakwaan pemasaran,” kata Jesmine Tan, Perintis Bersama Applecrumby®. “Kami telah berjaya membangunkan dan melindungi secara sah teknologi lampin yang berbeza, disokong oleh sains dan menawarkan pilihan yang lebih selamat serta dipercayai oleh ibu bapa.”
Sebagai peneraju lampin bebas klorin di Malaysia dan Asia Tenggara, Applecrumby® telah lama komited memperjuangkan penggunaan produk tanpa bahan kimia berbahaya seperti klorin, yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit bayi. Sempena pelancaran lampin baharu mereka, PureBasics™, Applecrumby® menawarkan promosi istimewa di mana dengan harga serendah RM25, lampin premium kini lebih mampu dimiliki berbanding sebelum ini.
Applecrumby® terus mengukuhkan reputasinya yang kian meningkat apabila disenaraikan dalam senarai Tontonan 100 Forbes Asia, sebuah pengiktirafan kepada syarikat yang berkembang pesat dan berjaya di rantau ini. Tumpuan di peringkat antarabangsa ini menjadi bukti kepada pertumbuhan pesat jenama tersebut, serta komitmennya yang berterusan dalam menyediakan penjagaan bayi yang lebih selamat, buatan Malaysia dan dipercayai di seluruh Asia Tenggara.
Lampin 100% Bebas Klorin Dipatenkan: Inovasi untuk Kesihatan Bayi
Lampin PureBasics™ yang dirumus semula kini lebih lembut berbanding sebelum ini di samping mengekalkan daya tahan pengudaraan yang tinggi untuk membantu mengurangkan keradangan kulit. Dikuasakan oleh teknologi GreenCore-Dry™ yang dipatenkan, setiap lampin mengandungi 11 lapisan teras penyerap bebas klorin untuk penyerapan cecair ultra pantas dan perlindungan kebocoran sehingga 12 jam. Ia kekal sebagai satu-satunya lampin di pasaran yang setiap lapisan dan komponennya disahkan bebas klorin oleh makmal, menjadikannya pilihan yang lebih selamat untuk bayi serta alam sekitar.
Duta dan pengacara TV terkenal, Fiza Frizzy yang juga pengguna setia lampin Applecrumby® telah berkolaborasi dengan jenama itu dan berkongsi pengalaman peribadinya membesarkan tiga orang anaknya menggunakan lampin tersebut. Dalam siri kandungan pengguna (UGC) terbaharu bertajuk ‘ Kisah Kasih Ibu Applecrumby’, tiga ibu dari Kelab Komuniti Applecrumby® berkongsi perjalanan penuh makna bersama si kecil mereka dengan menggunakan lampin PureBasics™ yang terserlah dari aspek keselesaan, keselamatan dan kebolehpercayaan.
“PureBasics™ adalah lebih daripada sekadar lampin harian, ia adalah keperluan asas untuk memastikan anak-anak kita mendapat keselesaan dan perlindungan terbaik,” kata Fiza Frizzy.
Sepanjang empat hari Ekspo Bayi TCE di Pusat Pameran Mid Valley, pengunjung di gerai Applecrumby® berpeluang merasai sendiri kelembutan lampin PureBasics™ dan beg lampin wangi biodegrasi yang baru dilancarkan. Istimewanya kali ini juga, dengan kerjasama penulis dan penyair tempatan, Wani Ardy, pengunjung boleh mencipta pantun peribadi untuk didedikasikan khas buat ibu bapa atau insan tersayang. Applecrumby® akan menguruskan penghantaran poskad lengkap dengan tulisan tangan bagi pihak pengunjung, simbolik mengeratkan hubungan melalui bait kata dan kasih sayang.