Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Liverpool FC Berduka Atas Pemergian Tragis Diogo Jota
Kelab Bola Sepak Liverpool mengesahkan berita menyayat hati mengenai pemergian pemain sayap mereka, Diogo Jota, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab itu, Diogo Jota yang berusia 28 tahun disahkan telah terkorban bersama abangnya, Andre, dalam insiden tersebut.
“Liverpool FC tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut buat masa ini dan memohon agar privasi keluarga, rakan-rakan, rakan sepasukan serta kakitangan kelab Diogo dan Andre dihormati ketika mereka cuba menerima kehilangan yang berat ini.
“Kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada mereka,” maklum Liverpool FC.
BACA: Bintang Liverpool, Diogo Jota Maut Kemalangan
Sumber: Liverpool FC