Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Ini 7 Fungsi Pintar "Smartphone" Untuk Ibu-ibu Masa Kini
Gambar AI
Tiada Kategori

Ini 7 Fungsi Pintar “Smartphone” Untuk Ibu-ibu Masa Kini

suhaila

Ini 7 Fungsi Pintar “Smartphone” Untuk Ibu-ibu Masa Kini

Dalam dunia yang bergerak pantas dan penuh dengan tuntutan kehidupan pada hari ini, ramai ibu-ibu moden perlu menjadi serba boleh dalam satu masa.

Mereka bukan sahaja memainkan peranan sebagai penjaga anak malah turut mengurus kerjaya, rumah tangga, kewangan keluarga dan pelbagai lagi tanggungjawab harian yang tidak pernah surut.

Ramai ibu-ibu yang tidak telefon pintar sebenarnya boleh jadi pembantu yang terbaik untuk hidup yang lebih tersusun dan efisien.

Dengan hanya beberapa aplikasi percuma dan tetapan yang mudah, anda boleh menukar telefon pintar anda menjadi ‘pembantu peribadi digital’ yang dapat membantu untuk menjimatkan masa, mengurangkan stress dan memberi lebih kawalan terhadap rutin harian.

Yang penting, anda tahu fungsi mana yang sesuai dan bagaimana memanfaatkannya dengan cara yang bijak.

Berikut kami kongsikan 7 fungsi pintar smartphone paling praktikal dan berguna untuk ibu-ibu yang super sibuk. Semuanya boleh dilakukan dari hujung jari.

1. Guna aplikasi senarai beli barang dapur yang boleh dikongsi

Salah satu kegunaan paling praktikal ialah dalam urusan membeli barang dapur. Daripada mencatat atas kertas yang mudah hilang atau basah, kini anda boleh menggunakan aplikasi seperti Google Keep, Bring! Shopping List atau Notion untuk menyusun senarai barang keperluan secara digital.

Menariknya, senarai ini boleh dikongsi terus dengan pasangan atau ahli keluarga.

Jadi jika suami ingin ke pasar raya, dia hanya perlu rujuk senarai yang anda sediakan tanpa perlu bertanya berulang kali. Ia menjimatkan masa dan mengelakkan pembelian yang tersalah atau berulang.

2. Tetapkan ‘reminder’ untuk aktiviti penting dan urusan harian

Dalam kesibukan harian pula, tidak mustahil untuk ibu terlupa temu janji penting seperti pemeriksaan doktor anak, program sekolah atau tarikh akhir pembayaran bil.

Fungsi peringatan dalam aplikasi seperti Google Calendar atau Microsoft To-Do sangat membantu untuk mengingatkan anda tentang semua urusan ini.

Anda boleh tetapkan notifikasi harian, mingguan atau bulanan lengkap dengan warna atau label khas supaya lebih tersusun.

Dengan adanya sistem peringatan yang teratur, anda tidak perlu lagi risau terlupa perkara penting yang boleh mengganggu kelancaran hari anda.

3. Imbas dan simpan dokumen secara digital

Selain itu, dokumen sekolah anak juga kini lebih mudah diurus dengan bantuan teknologi. Gunakan aplikasi seperti CamScanner atau Microsoft Lens untuk mengimbas dan menyimpan surat penting, slip bayaran atau jadual peperiksaan ke dalam telefon.

Susun dokumen ini dalam folder digital khas seperti “Sekolah Anak” atau “Peperiksaan 2025” supaya mudah dicari semula bila perlu.

Cara ini bukan sahaja menjimatkan ruang malah mengelakkan dokumen penting hilang pada saat-saat genting. Lebih menarik, anda juga boleh akses fail ini dari mana-mana peranti selagi ia disimpan dalam awan seperti Google Drive atau Dropbox.

BACA : 7 Cara Untuk Cuci Kesan Kotoran Degil Pada Pakaian

4. Rancang menu mingguan dengan bantuan aplikasi resipi

Untuk urusan dapur pula, anda boleh merancang menu mingguan dengan lebih lancar melalui aplikasi resipi seperti Tasty, Pinterest atau Resepi Opah.

Selain memudahkan anda memilih menu harian yang sedap dan ringkas, aplikasi ini juga membolehkan anda merancang senarai bahan mengikut hidangan yang dipilih.

Ia sangat membantu menjimatkan masa, mengelakkan pembaziran bahan dapu, dan menjadikan aktiviti memasak lebih tersusun tanpa perlu lagi pening setiap pagi fikir nak masak apa.

Malah, anda juga boleh kitar semula menu minggu lepas jika tiada masa untuk merancang semula sekaligus menjadikan rutin memasak lebih fleksibel dan konsisten.

5. Kawal peralatan rumah guna smartphone

Bagi ibu-ibu yang menggunakan peralatan rumah pintar seperti lampu automatik, penghawa dingin, kipas atau mesin basuh yang menyokong sambungan Wi-Fi, anda boleh memanfaatkan aplikasi seperti Google Home, Smart Life atau Tuya Smart untuk mengawal semuanya terus dari telefon.

Contohnya, anda boleh menghidupkan penghawa dingin di bilik anak 15 minit sebelum waktu tidur.

Anda boleh juga mengawal semua lampu rumah terus dari ruang tamu tanpa perlu berjalan ke setiap bilik.

Malah, sesetengah peralatan seperti mesin basuh boleh dijadualkan untuk beroperasi secara automatik pada waktu yang anda tetapkan.

Fungsi ini bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah sangat membantu ketika anda terlalu letih atau sibuk dengan tugasan lain.

6. Urus group WhatsApp sekolah dengan lebih bijak

Group WhatsApp kelas anak-anak kadangkala boleh menjadi punca streskerana terlalu banyak mesej dalam sehari. Ia termasuk perbincangan yang tidak berkaitan dengan hal sekolah.

Untuk mengelakkan gangguan emosi dan mental, anda boleh mute notifikasi group selama setahun dan hanya buka mesej pada waktu tertentu sahaja.

Gunakan juga fungsi pin untuk group yang penting atau archive group yang jarang digunakan supaya paparan WhatsApp anda lebih kemas dan kurang mengganggu.

Dengan cara ini, anda masih boleh kekal peka dengan maklumat sekolah tanpa perlu tertekan dengan notifikasi setiap lima minit.

7. Rekod belanja harian guna App bajet

Akhir sekali, urusan kewangan rumah tangga juga boleh dipermudahkan dengan aplikasi bajet seperti Money Manager, Spendee atau Wallet.

Dengan hanya beberapa minit sehari, anda boleh merekodkan perbelanjaan harian mengikut kategori seperti makanan, pendidikan anak, bil, atau hiburan.

Ada juga aplikasi yang membolehkan anda ambil gambar resit dan simpan sekali dalam sistem, memudahkan semakan dan perancangan bajet keluarga.

Ini bukan sahaja membantu mengelak pembaziran, malah melatih anda untuk lebih disiplin dalam merancang simpanan jangka panjang.

Oleh itu, menjadi seorang ibu dalam dunia moden memerlukan ketangkasan dan kecekapan. Namun itu tidak bermakna anda perlu melakukan segalanya secara manual dan membebankan diri.

Telefon pintar yang anda gunakan setiap hari sebenarnya menyimpan pelbagai potensi yang boleh dimanfaatkan untuk meringankan beban harian anda.

Dengan menggunakan aplikasi dan fungsi asas yang telah tersedia, anda boleh mengurus rumah tangga, anak-anak dan tugasan kerja dengan lebih teratur, efisien dan tenang.

Sumber : aarp, modernmom

BACA : Skim ToU TNB: Peluang Bijak Untuk Jimat Bil Elektrik