Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kanak-kanak maut didera
Gambar: BERNAMA

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Disyaki Didera

Hannah

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Disyaki Didera

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan lebam, bengkak dan luka di seluruh badan disyaki menjadi mangsa penderaan di Paya Jaras, Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafis Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan kematian mangsa daripada pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh pada 12.45 tengah malam tadi.

Beliau berkata kanak-kanak itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasangan suami isteri berusia 27 dan 28 tahun yang juga keluarga angkat mangsa.

“Doktor yang bertugas memaklumkan menerima pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh pasangan berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat lebam, bengkak dan luka di seluruh badan selain kesan tompokan darah yang sudah kering di bahagian mulut dan hidung kanak-kanak berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mohd Hafis berkata susulan laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menahan pasangan tersebut bagi membantu siasatan.

“Hasil semakan lanjut mendapati kedua-dua individu berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan perintah permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Shah Alam bagi siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Balai Polis Saujana Utama di talian 03-6038 3322 atau Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Aizad Abd Azik di talian 013-4861194,” katanya.

BACA: Polis Siasat Insiden Tembakan, Mayat Ditinggalkan Di HSA

Sumber: BERNAMA