Nurul Izzah Dilantik Sebagai Penasihat SIDEC
KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar antara tiga individu yang dilantik sebagai Penasihat Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC).
Pengumuman itu dibuat oleh SIDEC dalam satu hantaran di Facebook rasmi, bersempena sambutan ulang tahun ke-10 agensi kerajaan negeri berkenaan.
Difahamkan, Nurul Izzah dilantik atas kapasiti sebagai Pengerusi Eksekutif Polity yang juga sebuah badan pemikir baharu.
Dua lagi Penasihat SIDEC yang dilantik adalah bekas Naib Presiden NVIDIA Corp dan Foxconn, Datuk Lai Yit Loong, serta Pengarah Foxconn, Dr Chiang Shang-Yi.
Majlis Sambutan 10 tahun SIDEC itu dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
“Sambutan Ulang Tahun ke-10 SIDEC bukan sekadar acara meraikan kejayaan, malah ia menandakan satu dekad penuh impak, pertumbuhan dan cita-cita besar dalam membentuk masa depan digital Selangor.
“Daripada memperkasa lebih 70,000 usahawan teknologi kepada memacu inovasi merentas pelbagai sektor utama, malam gemilang ini membuktikan sejauh mana SIDEC telah berkembang
Untuk makluman, SIDEC adalah anak syarikat milik penuh Invest Selangor Berhad yang ditubuhkan bagi memacu transformasi digital negeri menerusi tiga teras utama, iaitu e-dagang, pembangunan syarikat pemula (startup), serta bandar pintar dan digitalisasi.
https://www.facebook.com/sidecmy/posts/pfbid0YzdidZtcRbL8SxFTSQxbiJfAeP8JH8xWg9VCRMwA2bZVPdexNHmKQpfnRoKRMdNjl
Sumber: Facebook SIDEC