Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pelakon Filem Kill Bill, Michael Madsen Meninggal Dunia Pada Usia 67 Tahun
LOS ANGELAS — Bintang filem Kill Bill, Michael Madsen dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat serangan jantung di kediamannya dekat Malibu, California, awal pagi ini, lapor AFP.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pasukan pengurusannya, Madsen ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum disahkan meninggal dunia.
“Michael Madsen adalah salah seorang pelakon paling ikonik di Hollywood, dan pemergiannya pasti akan dirasai oleh ramai,” kata pengurusnya, Susan Ferris dan Ron Smith dalam kenyataan bersama bersama jurucakap beliau, Liz Rodriguez.
Madsen dikenali ramai menerusi watak ikoniknya dalam filem arahan Quentin Tarantino seperti Reservoir Dogs (1992), di mana beliau melakonkan watak Mr. Blonde, seorang penjenayah psiko yang kejam.
Beliau turut membintangi dua filem Kill Bill sebagai Budd, adik kepada watak antagonis utama.
Sepanjang lebih empat dekad dalam industri perfileman, mendiang telah membintangi lebih daripada 300 filem, termasuk filem terkenal seperti Thelma & Louise, Free Willy, Donnie Brasco, dan filem James Bond Die Another Day (2002).
Selain filem, beliau juga terlibat dalam dunia permainan video dengan menyumbangkan suara untuk Grand Theft Auto III, serta menghasilkan beberapa koleksi puisi.
Dilahirkan pada 25 September 1957 di Chicago, Madsen merupakan anak kepada seorang anggota bomba dan seorang pembikin filem. Beliau juga merupakan abang kepada pelakon terkenal Virginia Madsen.
Madsen telah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan enam orang anak.
Pemergian Madsen menandakan kehilangan besar buat industri seni lakon antarabangsa, khususnya buat peminat filem-filem aksi dan kultus.
Sumber: AFP via Barrons