Baru Je Habis, Sekali Ramai Pula Pengunjung Dedah Benda ‘Rare’ Kat Karnival Makanan Ni
Pada 27 sehingga 30 Jun yang lepas, RISDA telah menganjurkan Karnival Rasa Asli Desa RISDA yang mengetengahkan fokus kepada segmentasi makanan. Apa yang menarik, terdapat 28 usahawan bimbingan RISDA yang menyertai karnival ini dengan menawarkan pelbagai hasil air tangan masing-masing.
Secara keseluruhannya, karnival ini dikatakan berjalan dengan lancar dan meriah, serta dibanjiri oleh orang ramai. Selain gerai makanan, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis, busking, ratu cilik dan banyak lagi. Namun, di sebalik kemeriahan karnival ini, ada beberapa pendedahan yang dibuat oleh warganet, yang dipercayai telah berkunjung ke karnival tersebut. Menurut tinjauan di ruangan komen, pendedahan yang dibongkarkan netizen itu juga memaparkan elemen yang mempunyai agak unik bagi satu-satu karnival makanan.
Apa yang pelik dan apa yang berlainan dengan karnival makanan yang lain?
Jangan salah faham, pendedahan yang dibuat oleh netizen bukanlah berunsur kritikan mahupun yang bersifat negatif, tapi beberapa netizen amat gembira dengan penganjuran karnival ini. Mana tidaknya, produk jualan di karnival ini dijual dengan harga yang murah dan mampu untuk dibeli oleh segala lapisan masyarakat.
Seperti yang dikatakan oleh pemilik akaun Facebook Atieqah Rashid, dia berpendapat banyak makanan yang dijual pada harga murah dan mampu untuk dibeli. Atieqah turut menunjukkan gambar bubur yang dijual dengan harga RM5, dengan membuktikan ‘portion’ bagi siap hidangan sangatlah banyak.
Bagi Aiman Ashari pula, dia juga berpendapat bahawa kuih bakar pandan merupakan kegemarannya dan gembira disebabkan harga yang dijual pada harga yang murah.
Apa yang lagi mengejutkan, ada yang berkongsikan bahawa harga wagyu skewer juga mampu milik untuk dibeli. Pendapat sama dikongsikan oleh Zulkhairi Karim di mana beef skewer yang dibeli berharga baru RM4.
Rissmart 24: Skewer Antara Menu Paling ‘Top Sales’ & Harga Mampu Milik
Jadi, sangat tak menghairankan lah bila skewer yang ada di Rissmart 24 dijual dengan harga murah dan mampu bilik. Pada karnival tersebut, Rissmart24 juga menawarkan pelbagai pilihan makanan dan khemah mereka kelihatan ramai orang.
Namun, bagi sesiapa yang terlepas untuk ke karnival ini, korang juga boleh mendapatkan pelbagai produk usahawan RISDA melalui cawangan-cawangan RISDA yang ada di seluruh Malaysia.
Bukan setakat harga je murah, Karnival Rasa Asli Desa RISDA juga dianggap sangat luar biasa kerana menawarkan menu-menu tradisi berbeza bagi setiap 14 negeri di Malaysia. Jadi, pada satu tempat sahaja, pengunjung dapat menikmati seluruh negara punya makanan tradisi mengikut negeri masing-masing.
Bagi yang merantau mencari rezeki di bandar, itulah peluang untuk mengubati rindu masakan kampung ataupun tradisi negeri kelahiran mereka. Maklumlah, nak pulang ke kampung, kena tempuh perjalanan jauh, ditambah pula dengan kos perjalanan, tapi jika berkunjung ke karnival ini, tetap boleh menikmati makanan tradisi negeri.
Karnival Rasa Asli Desa Kembangkan Pasaran Usahawan RISDA
Usahawan RISDA yang menyertai karnival ini bukanlah sekadar boleh menambah pendapatan melalui hasil jualan, tapi mereka juga dapat memasarkan dengan lebih luas produk mereka kepada lebih ramai orang. Mana tidaknya, ribuan pengunjung yang datang sudah pasti akan berkunjung ke mana-mana gerai usahawan di situ.
Lebih bermakna, karnival ini juga dapat dijadikan platform pemadanan perniagaan yang membuka peluang kepada pemborong, pengedar dan rakan niaga untuk kenal pasti variasi produk desa yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan secara meluas. Secara mudahnya, karnival ini dijadikan tempat yang membuka ruang dan peluang untuk usahawan RISDA terus berkembang dan juga dapat memasarkan produk mereka ke peringkat lebih tinggi.
Pasti ramai yang mahukan Karnival Rasa Asli Desa RISDA ini diteruskan seperti dijadikan acara tahunan dengan skala yang lebih besar, ataupun ada siri jelajah ke seluruh negara supaya produk-produk usahawan RISDA boleh melangkah lebih jauh.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai karnival ini ataupun selok belok tentang usahawan RISDA, korang boleh layari laman rasmi RISDA atau Bahagian Pembangunan Usahawan RISDA.