Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rogol wanita australia
Gambar: BERNAMA

Lelaki Mengaku Salah Rogol, Lakukan Persetubuhan Luar Tabii Terhadap Wanita Australia

Hannah

Lelaki Mengaku Salah Rogol, Lakukan Persetubuhan Luar Tabii Terhadap Wanita Australia

GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) — Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Australia, minggu lepas.

Tertuduh, 25, yang merupakan pekerja sambilan sebuah hotel, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Juraidah Abbas, namun memohon masa bagi melantik peguam untuk mewakilinya.

Tertuduh didakwa merogol mangsa dalam sebuah kereta Perodua Axia dan meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah gunting besi kepadanya di sebuah kawasan perkuburan di Estate Mount Erskine di sini, antara 5.20 pagi dan 6 pagi, 28 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii pada masa serta lokasi sama dan didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang Mohd Nordin Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya Lee Jun Keong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd Nordin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan ia kesalahan serius iaitu merogol dan meletakkan mangsa dalam ketakutan kematian yang disifatkan bukan sebagai kes rogol biasa, selain sensitiviti hubungan baik dua hala Malaysia dan Australia juga perlu diambil kira memandangkan mangsa seorang pelancong dan penuntut Australia yang datang ke negara ini.

“Kita tidak mahu perkara ini memberikan gambaran tidak baik kepada pelancong luar yang datang ke Malaysia. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kesalahan sebegini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya mahkamah membenarkan jaminan maka ditawarkan RM100,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh pula merayu agar ditawarkan jaminan atas alasan terpaksa menanggung ibu bapa yang berusia 65 tahun dan hanya bekerja sebagai pekerja sambilan di hotel.

Mahkamah kemudian membuat keputusan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 31 Julai ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

BACA: Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Disyaki Didera

Sumber: BERNAMA