Isu Graf Penggunaan kWh Bulan Julai Yang Tinggi Dalam Aplikasi myTNB – TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum mengenai isu tular di media sosial berkaitan paparan graf penggunaan elektrik (kWh) yang luar biasa tinggi bagi bulan Julai dalam aplikasi myTNB.
Menurut TNB, ralat teknikal telah dikenal pasti sebagai punca kepada paparan graf yang tidak tepat tersebut.
“Atas isu teknikal, terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat dan graf tersebut tidak dipaparkan buat sementara waktu,” jelas TNB.
Dalam pada itu, TNB turut memberi jaminan bahawa ralat paparan ini tidak menjejaskan bacaan sebenar penggunaan elektrik pelanggan bagi bulan berkenaan.
Pelanggan masih boleh merujuk bil muktamad selepas tempoh pengebilan untuk mendapatkan jumlah penggunaan sebenar yang tepat.
“Kami sedang mengambil tindakan dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.
Justeru, bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi TNB melalui saluran berikut:
- Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
- Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional
- E-mel kepada [email protected]
- Hubungi 1300-88-5454
TNB turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan menghargai kesabaran para pelanggan sepanjang isu ini ditangani.
BACA: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Sekolah Belum Berdaftar – Persatuan
BACA: 9 Ahli Parlimen PKR Mesti Bertanggungjawab Jika Kerajaan MADANI Tumbang – Hassan
BACA: Penceramah Bebas Direman Bantu Siasatan Kes Tipu Pembangunan Sekolah Agama
Sumber: TNB CareLine/FB