Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lelaki Kongsi Apa Yang Ada Di Puncak Pedas Linggi Lookout Point

Azizah Najib
Pedas linggi look out point
Kredit: Encik Kucing
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lelaki Kongsi Apa Yang Ada Di Puncak Pedas Linggi Lookout Point

Tempat meninjau atau lookout point lazimnya dibina di kawasan yang tinggi sebagai hentian rehat untuk para pengunjung menikmati pemandangan dari sudut berbeza.

Namun, disebabkan kedudukannya yang lebih tinggi daripada paras penglihatan semasa memandu, lokasi-lokasi ini sering menjadi tanda tanya dan penuh misteri.

Disebabkan rasa ingin tahu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Encik Kucing tekad menghentikan kenderaannya di kawasan Tempat Meninjau Pedas Linggi dan memulakan ekspedisi solo yang tidak dirancang.

“Selalu nak tahu kat atas ni ada apa. Jadi hari ini aku pun berhenti dan panjat nak tengok. Saja biarkan fikiran aku yang bukan-bukan menang hari ini,” ujar lelaki berkenaan.

Setelah memastikan kenderaannya diletak di tempat yang selamat, lelaki tersebut menuju ke arah anak tangga untuk mula mendaki.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, terdapat papan notis yang mengingatkan orang ramai tentang aspek keselamatan yang perlu dipatuhi ketika berada di sana.

Menariknya, anak tangga yang disangka jarang dikunjungi itu kelihatan bersih dan tidak berlumut, seperti ada penjaganya.

Selepas beberapa ketika mendaki sambil merakam, lelaki berkenaan akhirnya tiba di puncak tempat meninjau.

Kredit: Encik Kucing

Rupa-rupanya, terdapat pondok rehat berbumbung yang membolehkan para pengunjung menikmati pemandangan indah dari atas puncak. Diperbuat daripada kayu dan konkrit, pondok rehat itu dicat dengan warna perang kemerahan.

Membelakangi kawasan lapang menghijau dengan pokok yang rendang, pengunjung dapat menghilangkan lelah memandu sambil melihat pemandangan jalan raya yang diapit bukit-bukau di kiri dan kanan jalan.

Kredit: Encik Kucing

Tiada yang dapat menyangka, jalan raya yang sering dilalui bagi menghubungkan tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka itu mempunyai pemandangan yang begitu mengasyikkan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya menghargai usaha lelaki berkenaan menyelesaikan ‘misteri’ itu.

“Terima kasih la jadi sukarela. Sekarang dah nampak ni, terfikir pula apa tujuan utama tempat ni?” Soal seorang warga maya.

“Terima kasih bang, saya tertanya-tanya dari saya di bangku sekolah lagi. Akhirnya terjawab,” ucap yang lain.

“Kalau nak bawa bekal makan kat atas, naik lapar turun tangga lapar balik,” seloroh salah seorang warga maya pula.

BACA: Dari Detik Hitam Ke Puncak Anugerah: Siti Nur Ahmad Ubah Stesen Petronas Jadi Pusat Sehenti

BACA: Istimewa Untuk Cucu-Cucu, Atuk Bawa Balik “Plushie” Unta Dari Mekah

BACA: Kain Rentang Iklan Jatuh Di Lebuhraya Persekutuan

Sumber: Encik Kucing