Utama

Trivia

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Trivia

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Tragedi Sungai Korok: Anggota PPDA Luah Tak Mampu Tahan Sebak Keluarkan Mayat Satu Persatu
ALOR SETAR — Salah seorang anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohammad Hasri Haslan, 31, meluahkan rasa sebak sewaktu operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan kereta terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok, Jerlun semalam, lapor Astro AWANI.
“Saya tidak dapat menahan sebak, tiba-tiba air mata membasahi pipi apabila satu persatu jasad mangsa dibawa keluar dari dalam kereta,” luahnya.
Maklumnya, ini merupakan pengalaman pertamanya mengeluarkan jasad yang begitu ramai dalam tempoh lebih 10 tahun berkhidmat sebagai anggota bomba.
“Inilah kes yang paling sayu dan tragis yang saya ikuti. Paling sedih dan tersentuh hati ketika saya dan kawan-kawan seperjuangan mengangkat jasad bayi enam bulan dan tiga kanak-kanak yang masih kecil,”ujarnya sewaktu ditemui di lokasi penemuan mayat enam sekeluarga.
Katanya, dia dapat melihat mangsa dalam keadaan berpelukan di tempat duduk bahagian belakang, selepas cermin belakang kereta Proton Iswara dipecahkan.
Luahnya, jasad pertama yang dibawa keluar dari kenderaan itu adalah kanak-kanak perempuan manakala yang kedua pula bayi lelaki berusia enam bulan dan yang ketiga adalah kanak-kanak lelaki.
“Jasad keempat pun kanak-kanak perempuan manakala yang kelima pula ibu mereka dan mangsa yang terakhir adalah pemandu kereta itu iaitu bapa kanak-kanak terbabit.
“Saya pun ada anak… apabila melihat keadaan itu saya rasa sayu mengenangkan nasib mereka terutama bayi … memang sedih,” kongsi Mohammad Hasri sambil mengenang nasib yang dialami keluarga itu.
Pada Isnin semalam, mayat enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.
Sumber: Astro AWANI