Amalan Harian Yang Dianggap ‘Biasa’ Tapi Sebenarnya Berisiko Bawa Mudarat Pada Diri
Setiap daripada kita tentunya mempunyai satu atau lebih ‘tabiat’ dalam melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan.
Mungkin sesetengahnya dianggap biasa bahkan lucu, namun dari sudut kesihatan, tabiat ini boleh membawa bahaya pada individu tersebut.
Oleh itu, SK hari ini akan kongsikan kiriman Facebook Public Health Malaysia (PHM) mengenai senarai tabiat buruk yang sering dianggap biasa dalam norma masyarakat tapi sebenarnya boleh membawa mudarat di bawah.
8 Tabiat Berisiko Datangkan Mudarat
Amalan harian yang ramai anggap ‘biasa’ tapi sebenarnya berisiko mendatangkan mudarat. Semua ni kita buat tanpa fikir panjang. Dah jadi kebiasaan. Tapi hakikatnya, ada banyak risiko yang kita tak nampak.
Bangun pagi, korek telinga dengan cotton buds. Lepas makan, cungkil gigi dengan klip kertas atau pencungkil tajam. Kerja depan laptop, earphone melekat dari pagi sampai malam. Malam pula, tertidur meniarap kadang dengan contact lens masih belum ditanggalkan.

Semua ni kita buat tanpa fikir panjang. Dah jadi kebiasaan. Tapi hakikatnya, ada banyak risiko yang kita tak nampak.
1. Tahi telinga boleh ditolak masuk lebih dalam, menyebabkan salur telinga luka atau tersumbat.
2. Gusi pula mudah luka dan jangkitan bila diganggu dengan benda tajam.
3. Pendengaran kita boleh rosak perlahan-lahan tanpa disedari bila terdedah pada bunyi kuat terlalu lama.
4. Tidur meniarap pula bukan saja beri tekanan pada tulang belakang, tapi juga boleh ganggu pernafasan.
5. Dan tidur dengan contact lens? Risiko jangkitan mata yang boleh jadi serius.
6. Itu belum lagi tabiat minum teh atau kopi panas sangat terus dari cawan boleh melecurkan tekak, dan dalam jangka masa panjang dikaitkan dengan risiko kanser esofagus.
7. Atau tabiat guna semula botol plastik lama berkali-kali, walaupun suhu panas boleh larutkan bahan kimia ke dalam air.
8. Dan kita sangka ‘crack’ jari atau leher itu melegakan, padahal kalau dibuat terlalu kerap dan dengan tekanan kuat, boleh ganggu struktur sendi.

Kadang-kadang, perkara yang paling biasa itulah yang paling banyak kesan buruknya kalau diamalkan berterusan.
Jadi, berhenti sejenak. Tinjau semula rutin harian kita. Mungkin sudah tiba masa untuk mula memilih amalan yang lebih selamat untuk tubuh badan kita sendiri.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Public Health Malaysia via Facebook