Siakap Keli
tip tepung jagung
Gambar: AI/ImageFX

Tip: 7 Benda Tak Dijangka Anda Boleh Bersihkan Dengan Tepung Jagung

Tip: 7 Benda Tak Dijangka Anda Boleh Bersihkan Dengan Tepung Jagung

Siapa sangka, hanya dengan menggunakan satu bahan dapur yang sering digunakan untuk masakan, anda sebenarnya boleh membersihkan pelbagai benda dalam rumah. Ya, hanya dengan tepung jagung.

Tepung jagung bukan sahaja selamat digunakan, malah ia juga mesra alam, murah dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Berikut adalah tip berguna terutama untuk para ibu di luar sana, kami kongsikan 7 kegunaan tepung jagung untuk membersihkan rumah anda:

Cermin & Tingkap Berkilat

Nak cermin bebas cap jari dan kesan calar? Campurkan 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu besar cuka dan 2 cawan air.

Masukkan ke dalam botol semburan, goncang rata dan semburkan pada cermin atau tingkap.

Lap dengan kain kering dan anda akan nampak hasilnya berkilat tanpa kesan tompokan.

Tanggalkan Kesan Minyak Pada Pakaian

Tumpah makanan berminyak? Taburkan tepung jagung terus ke atas kawasan terkena minyak, biarkan selama 12 jam, kemudian buang lebihan serbuk.

Basuh seperti biasa dan lihat bagaimana kesan minyak hilang. Lebih berkesan jika dilakukan sebaik sahaja terkena kotoran.

Gilap Perak Tanpa Bahan Kimia

Nak kembalikan kilauan pada barang kemas atau pinggan perak? Campurkan ½ cawan tepung jagung dengan sedikit air hingga menjadi seperti pes.

Sapu pes pada permukaan perak, gosok perlahan dengan kain lembut, kemudian bilas dan lap kering. Hasilnya pasti berkilat macam baru beli.

Nyah Bau & Keringkan Kasut Busuk

Kasut basah dan berbau? Taburkan tepung jagung ke dalam kasut dan biarkan semalaman.

Tepung akan menyerap kelembapan serta bau busuk. Keesokan harinya, goncang keluar tepung atau gunakan vakum untuk bersihkan bahagian dalam kasut.

Hilangkan Kesan & Bau Pada Permaidani

Taburkan tepung jagung di atas permaidani, biarkan selama 20-30 minit, kemudian vakum seperti biasa. Ia membantu menyerap bau dan habuk.

Untuk kesan berminyak, sapu lebih banyak tepung di kawasan yang terjejas dan biarkan lebih lama sebelum divakum.

Cuci Kuali, Periuk & Sinki

Campurkan 2 bahagian tepung jagung dengan 1 bahagian air untuk buat pes pencuci lembut. Gunakan pes ini untuk gosok kesan hangus pada kuali, periuk, dapur dan juga sinki.

Ia membersih tanpa merosakkan permukaan seperti span kasar atau bahan berasid.

Bersihkan Mainan Lembut (Teddy Bear dan Lain-lain)

Tak boleh cuci mainan dengan mesin? Taburkan tepung jagung ke seluruh permukaan mainan lembut, gosok perlahan atau ratakan dengan berus. Biarkan semalaman.

Keesokannya, gunakan vakum atau berus lembut untuk bersihkan sisa tepung. Mainan akan kelihatan lebih bersih dan berbau lebih segar.

BACA: Maksud Sebenar Nombor Pada Pelekat Buah, Sayur Di Pasar Raya

Sumber: Better Homes & Gardens

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.