Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Malam Pertama Di Alam Barzakh, Ini Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM
Setiap yang hidup pasti akan mengalami kematian. Tidak kira usia atau keadaan kesihatan, semua akan berakhir dengan kematian.
Sebagai umat Islam, mereka yang sudah meninggal akan dikebumikan di dalam liang lahad di tanah perkuburan.
Namun, timbul persoalan apakah yang bakal berlaku pada malam pertama jenazah di Alam Barzakh atau alam kubur sana?
Oleh itu, bagi menjawab segala kekeliruan ini, kami bawakan penjelasan daripada Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kita selalu tengok tanah perkuburan nampak tenang je. Tak ada bunyi, tak ada orang. Tapi pernah tak terfikir, apa yang jadi bila jenazah baru ditanam dan semua orang dah balik?
Senyap bukan bermakna tak ada apa-apa. Di sebalik diamnya tanah, bermulalah satu alam baru yang sangat menegangkan; iaitu alam barzakh.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
“Kubur itu sama ada taman dari taman-taman syurga, atau lubang dari lubang-lubang neraka.”
(Hadis Riwayat Tirmidz)
Maksudnya? Dekat bawah tanah tu, ada dua kemungkinan : dapat nikmat.. atau azab.
Bayangkan.. Nabi Muhammad SAW, insan paling mulia, dah confirm masuk syurga.. tapi baginda tetap berdoa minta dilindungi daripada azab kubur.
Kalau Nabi pun takut, kita ni yang penuh dosa dan lalai macam mana?
Jadi.. Apa Berlaku Malam Pertama Tu?
Malam pertama di alam kubur bukan macam malam pertama kahwin. Tak romantik. Tak tenang. Tapi.. mencekam dan sunyi. Dan inilah antara perkara yang bakal berlaku:
1. Disoal Malaikat
Sebaik je jenazah ditanam dan semua orang balik, dua malaikat akan datang, Munkar & Nakir.
Mereka tanya beberapa soalan “standard”
Siapa Tuhan kamu?
Apa agama kamu?
Siapa lelaki ini? (merujuk kepada Nabi Muhammad SAW)
Kalau kita orang beriman, akan jawab dengan tenang. Tapi kalau hidup tak tahu agama dan tak nak ambil peduli tentang agama, jawapan pun akan kelaut.
Berdasarkan hadith telah diriwayatkan oleh Anas RA, Rasulullah SAW bersabda:
Setelah jenazah dikebumikan dengan sempurna dan orang yang hadir ketika majlis pengebumian melangkah pulang, maka ketika itu Allah akan mengembalikan roh si mati ke seluruh jasadnya.
Si mati dapat mendengar bunyi tapak kaki manusia melangkah pergi meninggalkannya.
Dia akan didatangi dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir lalu mendudukkannya (separas pinggang) dan mereka bertanya: “Apa yang kamu hendak katakan tentang lelaki ini (Nabi Muhammad SAW)?
“Jika dia seorang mukmin jawapannya adalah “Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasulnya.” Lalu dikatakan kepadanya: “Lihatlah tempat duduk kamu dari neraka yang telah ditukar oleh Allah dengan syurga,”
Namun sekiranya si mati adalah munafik atau kafir, maka apabila ditanya sedemikian, lalu dia akan menjawab: “Aku tidak tahu. Aku hanya berkata di dunia dahulu mengikut apa yang diperkatakan oleh orang ramai,”
Maka dikatakan kepadanya: “Engkau tidak mengenalinya dan engkau tidak bertanya kepada orang yang mengenalinya.,”
Kemudian dia dipukul dengan pemukul daripada besi sehingga dia berteriak dan dapat didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia.
2. Himpitan Kubur
Tak kira siapa pun kita, kubur akan menghimpit. Tak boleh elak.
Nabi bersabda:
“Jika ada orang yang akan selamat daripada himpitan kubur, nescaya Sa’ad bin Mu’az lah orangnya,”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Sa’ad ni sahabat Nabi yang hebat, sampai 70,000 malaikat turun iringi jenazah dia, tapi masih kena himpit.
Bezanya, orang beriman akan rasa himpitan manja, macam PELUKAN ibu. Tapi yang banyak dosa.. himpitannya boleh REMUK tulang.
3. Teman Di Alam Kubur
Kita takkan bersendirian sepenuhnya. Akan ada “peneman” ikut masuk kubur.
Kalau kita banyak amal soleh, akan datang satu makhluk yang rupa dia cantik, wangi, menenangkan. Dia akan temankan kita sampai kiamat.
Tapi kalau amal penuh noda… datanglah “peneman” yang busuk, hodoh, menakutkan.
Makhluk tu sebenarnya jelmaan amalan kita sendiri.
4. Diperlihatkan Tempat Kita
Dekat dunia kita tengok rumah dekat Mudah.my, tengok homestay dekat Airbnb. Tapi di alam kubur, kita ditunjukkan “rumah akhirat” kita.
Setiap pagi dan petang diperlihatkan destinasi kita nanti:
Syurga.. kalau kita orang beriman. Tengok saja pun bukan main nikmat lagi.
Neraka.. kalau sebaliknya. Deraan mental bila tengok neraka hari-hari.
Nabi bersabda:
“Apabila seseorang mati, diperlihatkan tempatnya di syurga atau neraka setiap pagi dan petang…”
(Hadis Riwayat Muslim)
So, Tak Nak Menyesal, Kena Ready Sekarang
Alam barzakh bukan cerita dongeng. Ia pintu pertama menuju akhirat. Masa tu, duit tak laku. Rakan tak boleh tolong. Cuma amalan yang jadi penyelamat.
Kalau Nabi SAW sendiri doa minta perlindungan daripada azab kubur, kalau Saidina Uthman RA menangis sampai basah janggut tengok kubur, kita bagaimana?
Lagi-lagilah perlu buat sesuatu.
Mulakan dengan perkara kecil:
Solat cukup.
Yang wajib-wajib lain pun kena juga selesaikan.
Jaga lidah.
Lain-lain yang diharamkan, jauhkanlah dari jadi gaya hidup.
Tinggalkan syubhah.
Banyakkan taubat.
Baca doa perlindungan dari azab kubur setiap hari.
“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur.”
Semoga malam pertama kita di alam barzakh.. bukan malam penuh azab, tapi malam tenang yang penuh rahmat dari Allah.
Ameen Ya Rabb..
Sumber: Bahagian Dakwah, JAKIM