Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syarikat China Cipta Laser Pintar, Dakwa Boleh Hapus 30 Nyamuk Setiap Saat

Sofea
laser pintar hapus nyamuk
Kredit: Indiegogo

Syarikat China Cipta Laser Pintar, Dakwa Boleh Hapus 30 Nyamuk Setiap Saat

Sebuah firma di China telah menghasilkan reka bentuk peranti laser yang didakwa boleh menghapuskan sehingga 30 ekor nyamuk setiap saat.

Dipanggil sebagai Photon Matrix, alat tersebut adalah prototaip sistem pertahanan udara nyamuk pertama yang mampu mengenal pasti dan meneutralkan nyamuk. Ia menggunakan teknologi LiDAR yang berspesifikasi tinggi.

LiDAR merupakan modul pengesanan dan julat cahaya untuk memastikan lokasi objek di persekitarannya. Cahaya yang dibiaskan oleh LiDAR kembali ke alat, yang kemudiannya mengira lokasi dan jarak nyamuk.

Ia didakwa dapat mengesan nyamuk dan memastikan sudut serta saiznya dalam masa tiga milisaat sahaja.

Sebaik sahaja nyamuk itu dikesan, pancaran laser kedua diarahkan ke nyamuk itu untuk membunuhnya.

Menurut portal Interesting Engineering, peranti laser itu kini disiarkan di platform crowdfunding Indiegogo dan telah berjaya mencapai sasaran dana awal yang ditetapkan oleh Jim Wong dari Changzhou, China.

Jim berkata secara reka bentuk laser itu tidak membahayakan manusia dan haiwan peliharaan. Selain itu, ia juga dikatakan selamat untuk digunakan di dalam dan di luar rumah.

Edisi asas Photon Matrix mempunyai reka bentuk kalis air dan boleh dipasang dengan mudah. Ia boleh dikuasakan oleh bank kuasa ringkas atau melalui stesen janakuasa mudah alih untuk pemasangan di kawasan luar seperti halaman depan atau belakang.

BACA JUGA: Kagum, Ciptaan Baru China, Kereta Guna Air Boleh Gerak Sejauh 500 Kilometer

Selain itu, ia juga boleh mengesan objek yang terbang pada kelajuan tertinggi 3.3 kaki sesaat. Oleh itu, lalat tidak akan mati jika terkenanya, melainkan jika serangga itu terbang dengan sangat perlahan.

Peranti yang dipamerkan itu dikatakan mempunyai julat 9.84 kaki (3 meter) untuk versi asas dan 6 meter untuk versi pro. Kedua-dua versi itu mempunyai sudut imbasan 90 darjah.

Produk itu masih dalam fasa pembangunan dan unit pertama dijangka dikeluarkan pada Oktober tahun ini, walaupun pengeluaran utama dijadualkan bermula pada Mac 2026.

Menghapuskan nyamuk menggunakan laser mungkin kedengaran terlalu futuristik atau agak berlebihan, namun ancaman yang ditimbulkan oleh serangga itu adalah besar.

Di seluruh dunia, nyamuk menyumbang kepada lebih 100,000 kematian setiap tahun. Antara penyakit yang berkait dengan serangga ini adalah malaria, denggi, chikungunya dan encephalitis.

Sumber: Interesting Engineering