Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga Bitcoin Terus Melonjak, Cecah RM510,000 – Luno
Mata wang kripto, Bitcoin, telah mencecah RM510,000 di platform Luno susulan permintaan institusi yang terus meningkat.
Luno dalam satu kenyataan berkata lonjakan harga Bitcoin itu berlaku kerana permintaan yang kukuh daripada firma pelaburan dan syarikat yang mahu mendedahkan portfolio mereka kepada Bitcoin.
Ia sama ada menerusi pembelian langsung mahupun Exchange Traded Fund (ETF).
Tidak cuma itu, ia turut didorong oleh nada lebih berhati-hati daripada Rizab Persekutuan AS, yang menyumbang kepada peningkatan selera risiko dalam kalangan pelabur. Keadaan ini sekaligus memberikan manfaat kepada aset alternatif seperti Bitcoin.
Kenaikan harga ini turut mencetuskan situasi short squeeze melebihi USD 200 juta, apabila pedagang yang bertaruh terhadap kejatuhan harga Bitcoin terpaksa membeli semula kedudukan mereka, sekali gus mempercepatkan momentum kenaikan harga.
“Pasaran kripto telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya dipacu oleh Bitcoin. Hari ini, walaupun terdapat keraguan terhadap kelas aset ini, Bitcoin merupakan aset kelima terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran, selepas Apple, jenama paling dikenali di dunia.
“Kami tidak pernah melihat permintaan sebesar ini daripada institusi. Para pelabur semakin optimis terhadap pendirian kerajaan AS yang menyokong kripto, dan ini menambah keyakinan terhadap masa depan Bitcoin,” kata Pengurus Negara Luno untuk Malaysia, Scarlett Chai.
Chai dalam masa yang sama turut memberi amaran kepada para pelabur mengenai potensi peningkatan penipuan pelaburan yang mengambil kesempatan terhadap populariti Bitcoin.
“Jauhi skim pelaburan yang kelihatan tidak masuk akal, terutamanya iklan di media sosial yang menjanjikan pulangan tinggi. Platform pertukaran kripto yang dikawal selia tidak akan menggunakan pihak ketiga untuk memudahkan pelaburan atau berdagang bagi pihak anda,” katanya.
Sementara itu, momentum kenaikan harga Bitcoin juga telah mencetuskan lonjakan harga dalam mata wang kripto lain yang dikenali sebagai altcoin, termasuk Stellar (XLM), Algorand (ALGO), dan Hedera (HBAR), yang mencatatkan peningkatan harga melebihi 50% dalam masa seminggu.
Untuk pengetahuan, altcoin adalah antara yang telah dicadangkan oleh Luno kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerana selaras dengan keperluan pengawal selia.
Daripada tiga syiling tersebut, ALGO dan HBAR telah dilancarkan tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha Luno untuk memperluaskan senarai aset digital yang boleh didagangkan di negara ini.
Sumber: Luno