Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kedai “Tomyam Malaysia” Mendunia Hingga Ke India
Sebut sahaja tentang masakan tomyam, pastinya ia tidak asing bagi rakyat Malaysia.
Hidangan yang kaya dengan rasa masam, pedas dan aroma herba ini sememangnya serasi dengan ‘tekak’ masyarakat tempatan.
Tidak kira pagi, tengah hari atau malam, tomyam sentiasa menjadi pilihan ramai sebagai sajian utama. Malah, di hampir setiap sudut bandar, pekan kecil mahupun di tepi jalan, pasti akan kelihatan deretan kedai atau gerai yang menyajikan pelbagai variasi tomyam.
Jadi, tak hairan mengapa ia menjadi salah satu menu yang popular dalam kalangan rakyat negara.
Kedai “Tomyam Malaysia” Mendunia Di Bumi India
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sebuah kedai tomyam “Tomyam Malaysia” yang dipercayai dibuka di negara India.
Dalam klip yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @abg.is78, memaparkan suasana kedai berkenaan yang meriah dan tak putus-putus dikunjungi pelanggan.
Menariknya, kedai yang dipercayai dibuka oleh Kani Boy berkenaan menjual menu-menu tak ubah seperti masakan di Malaysia dan negara jiran Thailand.
Antaranya tomyam, sambal udang, sate sambal sotong, apam balik, rojak, nasi lemak dan banyak lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna platform berkenaan berasa kagum melihat menu-menu dari negara ‘terbang’ sehingga ke negara India.
Malah ada yang memuji Kani Boy yang bijak membuka perniagaan berkenaan di sana.
Berikut antara komen pengguna;
“Betul-betul dia sayang Malaysia, besar betul dia highlight. Dari menu utama tomyam, dia sorang ja berani claim yang tomyam tu asal Malaysia, keep it up Kani boy,” komen seorang pengguna.
“Orang macam ni bagus, dia guna pengalaman dia masa merantau tu sebaik mungkin, pes tomyam senang ade jual dekat mana-mana kedai cari je. Dekat Malaysia sambal nasi lemak paling susah,” kongsi seorang lagi.
“Kemahiran yang menguntungkan, buka bisnes makanan yang tiada di India,” komen seorang lagi.
Untuk makluman, video ini telah mendapat tontonan lebih satu juta dengan lebih 42,000 tanda suka dan pelbagai komen.
Sumber: TikTok @abg.is78, Kani.boy47