Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PROTON X50 Serba Baharu Mendapat 5,000 Tempahan Dalam Masa 10 Hari

Azmil

PROTON X50 SERBA BAHARU MENDAPAT 5,000 TEMPAHAN DALAM 10 HARI SAHAJA

Subang Jaya, 18 Julai 2025 – Pembeli kereta di Malaysia jelas terpesona dengan PROTON X50 Serba Baharu semasa jelajah prapelancarannya di seluruh negara. Versi terkini SUV segmen-B nombor satu di Malaysia ini telah dipamerkan di lokasi tumpuan utama di pelbagai bandar, menarik perhatian orang ramai yang teruja untuk melihat sendiri tawaran terkini daripada PROTON. Hasilnya, sebanyak 5,000 tempahan telah diterima hanya dalam tempoh 10 hari selepas proses tempahan dibuka pada 5 Julai.

Ini bermaksud satu tempahan diterima setiap tiga minit, sekali gus mewakili 50% daripada tawaran awal yang merangkumi rebat tunai RM1,000, kad Touch N Go edisi khas dan tawaran eksklusif GEMPAK! kepada 10,000 pelanggan pertama. Harga penuh akan diumumkan semasa majlis pelancaran rasmi yang dijadual berlangsung pada malam 24 Julai.

“Respon luar biasa yang kami terima untuk PROTON X50 Serba Baharu ini jelas menunjukkan betapa model ini begitu digemari rakyat Malaysia. Kami berbesar hati menerima 5,000 tempahan dalam hanya 10 hari, dan untuk meneruskan momentum menjelang minggu akhir sebelum pelancaran, kami akan mula menawarkan ujian pandu di semua cawangan kami bermula 19 Julai agar pelanggan dapat merasai pengalaman sebenar di jalan raya,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar.

“Pasukan pengeluaran PROTON di Tanjong Malim juga telah berusaha keras membina stok agar penyerahan kereta kepada pelanggan dapat dilakukan sebaik sahaja pelancaran. Sasaran kami adalah sekurang-kurangnya 5,000 unit sedia untuk pendaftaran menjelang akhir Ogos bagi memendekkan tempoh menunggu pelanggan selepas membuat tempahan.”

Acara Pelancaran Bertemakan Gaya Hidup Akan Diadakan pada 24 Julai

Dengan reka bentuk baharu luaran dan dalaman, teknologi ADAS Tahap 2 yang dipertingkat, enjin baharu, sistem infotainmen (IHU) yang dinaik taraf dengan skrin bersaiz 14.6 inci, serta buat julung kalinya pengiktirafan suara dalam Bahasa Melayu, PROTON X50 Serba Baharu disasarkan kepada pembeli yang menjalani gaya hidup aktif. Selaras dengan tema ini, acara pelancaran dan pengumuman harga akan diadakan di lokasi bertemakan gaya hidup yang mencerminkan semangat berani dan progresif model ini, menjanjikan pelancaran yang dinamik dan mengasyikkan.

Ditawarkan dalam tiga varian – Executive, Premium dan Flagship – PROTON X50 Serba Baharu dijana oleh enjin baharu i-GT 1.5 TD dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan. Ia menjana 133kW (181PS) dan tork 290Nm, mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 7.6 saat – 0.3 saat lebih pantas daripada model sebelumnya, dengan penjimatan bahan api sebanyak 4.7%. Para pembeli berpotensi boleh merasai sendiri peningkatan ini dengan mengunjungi cawangan PROTON untuk sesi pandu uji bermula 19 Julai.

Kumpulan De Fam Menyemarakkan Pelancaran dengan Lagu “All-New PROTON X50 Ready” Bagi mengangkat semangat berani PROTON X50 Serba Baharu, kumpulan wanita popular tempatan, De Fam akan mempersembahkan video muzik bagi lagu khas mereka “All-New PROTON X50” semasa majlis pelancaran.

PROTON X50 SERBA BAHARU MENDAPAT 5,000 TEMPAHAN DALAM 10 HARI SAHAJA

Page 2 of 2

Lagu ini telah diperkenalkan pada 5 Julai semasa acara pengumuman pembukaan tempahan, yang menampilkan semangat progresif model ini sebagai latar promosi utama menjelang pelancarannya.

Tempah Segera untuk Terima PROTON X50 Serba Baharu Segera

Dengan 5,000 tempahan telah diterima dan hanya 10,000 slot ditawarkan bagi insentif tempahan awal, hanya tinggal 5,000 peluang untuk pelanggan menikmati tawaran istimewa ini. Dengan unit sedia untuk dihantar sebaik selepas pelancaran, pelanggan disaran agar membuat tempahan segera.

PAKEJ READY TO ROAR (Tawaran Tempahan Awal) merangkumi:

⦁ Rebat tunai RM1,000

⦁ Kad Touch ‘n Go edisi khas

⦁ Tawaran eksklusif GEMPAK! – akan diumumkan semasa majlis pelancaran rasmi

*Terma dan syarat dikenakan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUV baharu yang menarik ini, sila layari laman web rasmi PROTON dan daftar minat anda. Jangan lupa ikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk maklumat terkini, promosi dan aktiviti pemasaran menarik mengenai PROTON X50 Serba Baharu.