Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancong Jiran Cemburu Rakyat Malaysia Miliki Pasport ‘Berkuasa’

Iqbal Yasir
Jiran Cemburu rakyat Malaysia Pasport
Gambar: BERNAMA

Pelancong Jiran Cemburu Rakyat Malaysia Miliki Pasport ‘Berkuasa’

Tidak dinafikan, pasport merupakan dokumen penting yang membolehkan seseorang individu bergerak ke luar negara secara sah.

Di Malaysia, pasport sering dianggap sebagai ‘kunci dunia’ kerana ia membolehkan rakyat merentas sempadan secara sah dan selamat.

Menariknya, pasport Malaysia juga tersenarai antara yang paling berkuasa di dunia, membolehkan pemegangnya memasuki ratusan negara tanpa visa atau hanya dengan visa semasa ketibaan.

Baru-baru ini, seorang rakyat Thailand meluahkan rasa kagum sekali gus cemburu dengan keunikan pasport milik Malaysia.

Menerusi muat naik Backpaeger แบกเป้เกอร์ di laman Facebook, yang merupakan rakyat negara jiran itu menyatakan rakyat Malaysia sangat bertuah kerana pasport Malaysia mampu mengembara hampir ke seluruh dunia.

Lebih-lebih lagi pemegang pasport berkenaan diberikan layanan istimewa.

“Untuk pengetahuan rakan-rakan, tahukah anda bahawa pasport negara jiran kita, ‘Pasport Malaysia’, kini berada di tangga ke-6 paling berpengaruh di dunia.

“Ia membolehkan pemegangnya melancong ke 178 negara tanpa perlu memohon visa?

“Gambar ini menunjukkan lapangan terbang di Rom yang membenarkan pemegang pasport Malaysia menggunakan laluan Fast Track tanpa perlu beratur panjang,” kongsinya dalam hantaran itu.

Sebagai rakyat Thailand, dia mengakui bahawa pasport negaranya hanya boleh memasuki 40 negara tanpa visa setakat tahun 2025.

“Sebagai seorang pengembara dan juga rakyat dari negara jiran, saya akui saya cemburu.

“Buat mereka yang sering kata ‘boleh je pergi ke semua negara, asal ada visa,’ saya nak cakap… ini dah terlalu berlebihan.

“Sebenarnya, ada banyak cerita yang saya nak kongsi. Tapi lebih baik saya ceritakan sedikit, sebab ada orang susah nak terima kenyataan tentang perkara ini.

“Contohnya? Kad transit visa percuma ke lebih 100 negara di seluruh dunia. tapi ada 5 negara yang tetap dikenakan bayaran. Dan salah satunya ialah Thailand,” katanya dalam ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang juga rakyat Thailand bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh lelaki berkenaan.

Sumber: Facebook Backpaeger แบกเป้เกอร์

BACA: Ini Sebab Kenapa Tangga Zaman Dahulu Dibina Secara Berpusing