Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ambil Masa Lebih Sebulan, Lelaki Kongsi “Trip” Ke Afghanistan Guna Jalan Darat

Sofea
Kredit: jijiazizann

Ambil Masa Lebih Sebulan, Lelaki Kongsi “Trip” Ke Afghanistan Guna Jalan Darat

Mengembara ke luar negara sememangnya akan memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada seseorang. Selain melihat pemandangan yang luar biasa, kita juga dapat melihat pelbagai budaya.

Kebiasaannya, orang ramai memilih untuk menaiki kapal terbang jika ingin melancong ke negara yang jauh. Bagaimanapun, ada juga sesetengah orang yang memilih untuk merasai pengalaman melalui jalan darat.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jiji Azizan berkongsi mengenai perjalanannya ke Afghanistan melalui jalan darat. Menurutnya, jarak ke sana adalah 11,650km dan semestinya perlu melalui negara Asia Tenggara dan Asia tengah yang lain terlebih dahulu.

trip afghanistan
Kredit: jijiazizann

Menerusi akaun TikTok miliknya, Jiji berkata pengembaraan solonya bermula dengan menaiki kereta api dari Butterworth ke Padang Besar dan seterusnya ke Hatyai. Perjalanan itu mengambil masa selama satu jam 40 minit.

Bila tiba di Hatyai, dia seterusnya menaiki kereta api untuk ke Bangkok dan itu mengambil masa selama 18 jam.

trip afghanistan
Kredit: jijiazizann

Setelah itu, Jiji menempuh perjalanan selama 11 jam dari Bangkok ke Vientiane, Laos. Apabila tiba di Viantiane, dia menaiki kereta api selama sembilan jam ke Kunming, China pula.

Apabila tiba di Kunming, dia meneruskan perjalanan ke Urumqi. Di sini, dia melalui perjalanan selama 39 jam. Selepas itu, dia berpeluang menaiki kereta api laju dari Urumqi ke Yining dalam tempoh masa lima jam.

Tiba di Yining, Jiji menaiki bas selama 12 jam untuk ke Almaty di Kazakhstan. Dia selepas itu perlu menempuh perjalanan selama empat jam atas bas untuk ke Bishkek, Kyrgyzstan.

trip afghanistan
Kredit: jijiazizann

Perjalanan dengan menaiki bas diteruskan lagi dari Bishkek ke Tashkent selama 10 jam. Durasi yang sama turut dilaluinya dalam perjalanan untuk ke Bukhara, Uzbekistan.

Jiji sekali lagi menaiki kereta api laju iaitu dari Bukhara ke Samarkand di negara terbabit. Ia hanya mengambil masa selama dua jam.

Selepas tiba di Samarkand, dia meneruskan perjalanan ke Panjakent, Tajikistan menaiki van mini dan teksi selama satu jam.

Kredit: jijiazizann

Perjalanan diteruskan lagi dari Panjakent ke Dushanbe selama empat jam, juga menaiki teksi.

Dari Dushanbe, Jiji menaiki bas selama lima jam ke Shahturz. Selepas itu, dia meneruskan lagi pengembaraan ke Termez. Dia tiba di sana dalam masa satu jam dengan menaiki teksi.

BACA JUGA: Hanya Naik Skuter, Lelaki Taiwan “Ride Solo” Jelajah Semenanjung

Selepas berhari-hari merentas negara Asia Tenggara dan Asia Tengah, Jiji akhirnya tiba di Afghanistan. Dari Termez, dia menaiki teksi selama dua jam 30 minit untuk pergi ke Hairatan dan Mazar I Sharif.

Kredit: jijiazizann

Dari Mazar I Sharif, Jiji menempuh lagi perjalanan dalam bas selama 12 jam untuk ke Kabul.

Dengan hanya bermodalkan RM10,000, Jiji berjaya menempuh perjalanan selama sebulan 28 hari.

Perkongsiannya itu menarik perhatian ramai dan ada dalam kalangan warganet yang turut mengambil inspirasi darinya.

“Berani itu memang darah melayu! Mengembaralah ke pelusuk dunia maka kau akan temui banyak khazanah dunia dan ciptaan Allah yang membuatkan kamu terpana,” kata seorang netizen.

“Dik, tulis buku dik, buat panduan jalan darat, saya pun suka travel lihat dunia luar, ciptaan Allah yang cantik,” kata seorang lagi.

Sumber: jijiazizann