Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cinta Ditolak, Lelaki Warga Emas Nekad Culik Remaja Perempuan

Hannah
warga emas culik remaja
Gambar: AI/ImageFX

Cinta Ditolak, Lelaki Warga Emas Nekad Culik Remaja Perempuan

Seorang warga emas berusia 60 tahun sanggup menculik seorang remaja perempuan selepas lamarannya ditolak berulang kali oleh keluarga mangsa.

Insiden yang berlaku di Sulawesi Selatan itu mengejutkan penduduk apabila mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah, diculik ketika pulang dari sekolah.

Berdasarkan laporan media tempatan, suspek utama iaitu lelaki warga emas yang juga merupakan jiran kepada keluarga mangsa.

Menurut pihak polis, suspek telah beberapa kali melamar mangsa meskipun berbeza usia yang sangat ketara dan mangsa masih di bawah umur.

Namun, permintaannya berkali-kali ditolak oleh keluarga mangsa, menyebabkan suspek bertindak nekad menculik mangsa.

Lebih mengejutkan, dalam aksi penculikan itu, suspek tidak bertindak sendirian, sebaliknya dibantu empat lagi individu.

Berdasarkan maklumat saksi, mangsa telah diseret secara paksa oleh lima orang ke dalam sebuah kenderaan. Difahamkan, suspek juga dilaporkan bersenjatakan parang ketika insiden berlaku.

Walaupun kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa penduduk, tiada siapa yang berani campur tangan kerana takut diancam dengan senjata tajam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polres Bone, AKP Alvin Aji Kurniawan memaklumkan bahawa berdasarkan pengakuan suspek, dia bertindak menculik mangsa kerana terlalu menyukai suspek dan kecewa lamaran perkahwinannya ditolak.

“Menurut pengakuan SR, dia memang suka dengan mangsa. Namun kerana sering ditolak oleh keluarga, dia mengambil keputusan untuk menculik,” katanya.

Mangsa bagaimanapun berjaya ditemui kurang daripada empat jam selepas diculik dalam keadaan selamat di Desa Cinnong, Kecamatan Amali, masih mengenakan seragam sekolah.

Namun, suspek kini mengalami trauma dan sedang menjalani sesi pemulihan serta pemantauan oleh Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Polres Bone.

Sementara itu, pihak polis menegaskan kelima-lima suspek telah ditahan dan ditetapkan sebagai tertuduh, dan mereka bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

BACA: 37 Maut, 10 Selamat Bot Pelancong Terbalik Di Teluk Ha Long, Vietnam

BACA: Kanak-Kanak 6 Tahun Berkeliaran Di Wad Disiasat Akibatkan Kematian Bayi Pramatang

BACA: Poland Sahkan Kolera Tempatan Yang Jarang Berlaku Di Stargard

Sumber: Tribunnews.com