Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Mahal Tapi Laku Keras, Pekebun Dedah Cara Jadikan Musang King Durian Paling Bernilai & Digilai

Fazidi

Mahal Tapi Laku Keras, Pekebun Dedah Cara Jadikan Musang King Durian Paling Bernilai & Digilai

Sebut tentang durian, yang pertama muncul di minda tentunya variati paling unggul, Musang King.

Isinya yang berwarna kuning keemasan hadir dengan rasa lemak manis, sekaligus menawarkan kenikmatan yang amat sukar ditandingi durian variati yang lain.

Bagi kaki durian, Musang King wajib ada dalam senarai top 3 yang wajib dicari setiap kali tibanya musim durian.

Wang bukan menjadi persoalan yang besar bagi mereka biarpun harga Musang King boleh buat poket ‘koyak’ dan bajet ‘lari’.

Apa yang penting adalah kepuasan diri apabila dapat merasai kelazatan buah yang baru sahaja dinobatkan sebagai King of Kings baru-baru ini.

Namun begitu, rahsia bagaimana Musang King boleh menghasilkan aroma enak luar biasa adalah rahsia ketat yang hanya diketahui segelintir pekebun durian berpengalaman sahaja.

Usaha untuk menyingkap tabir disebalik keharuman semula jadi Musang King bermula apabila team Siakap Keli berpeluang untuk berkunjung ke sebuah ladang durian variati ini yang diusahakan oleh dua orang pekebun anak-beranak di Raub, baru-baru ini.

Memulakan perkongsian tentang kebun durian seluas 22 ekar yang diusahakan bersama anaknya sejak 2017, Haji Wan Jusoh berkata berdasarkan pengalamannya, rahsia mengusahakan tanaman ini berkisar kepada empat perkara mustahak iaitu A, B, C & D.

Selain memiliki tanah untuk dijadikan kebun atau ladang durian, empat perkara yang dimaksudkan adalah Air, Baja, Cuaca dan Duit (modal).

Dalam keempat-empat perkara tersebut, yang paling utamanya tentunya kekuatan modal yang dimiliki kerana kos operasi yang perlu ditanggung boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit setahun.

Apatah lagi, pohon durian memerlukan tempoh yang agak lama untuk matang dan mengeluarkan hasil, begitu juga masa yang perlu dilalui sebelum pekebun benar-benar dapat merasai pulangan dan keuntungan.

Menurut pemilik kebun, mereka misalnya membelanjakan modal kira-kira RM200,000 setahun yang meliputi kos seperti upah pekerja, pembajaan, mengawal penyakit dan lain-lain.

“Contohlah kita ada 500 batang pokok, bukan semua pokok sama besar dan sama tua. Mesti ada yang mati dan kita perlu sulam (tanam) balik.

“Katakan yang berbunga pula lebih kurang 200 pokok, bukan semuanya lekat dan yang lekat mungkin dalam 100 pokok.

“Jadi, katakan ada 50 ke 100 pokok yang berbuah, ada dalam 5,000 biji buah durian yang boleh kita tuai.

“Kemudian tolak dengan buah yang tidak boleh dijual, tinggal sekitar 4,000 hingga ke 4,500 biji yang boleh dijual,” katanya.

Manakala hasil yang diraih pula bergantung kepada harga pasaran semasa (perkilogram) buah durian yang dijual kepada peraih.

“Tahun pertama hingga ke-9 itu keluar hasil sikit-sikit. Lepas tahun ke-10 dah okay dah cuma hasilnya tidak banyak. Apa yang penting dapat cover kos pusingan operasi satu tahun.

“Kita jangka akan mula pulang modal pada tahun ke-15,” kata pemilik kebun itu lagi.

Kemenjadian buah durian juga turut bergantung kepada faktor air dan cuaca dimana kedua-dua sangat mustahak dalam menentukan hasil tuaian.

Bekalan air yang mencukupi dan stabil sepanjang masa akan memastikan pokok durian tumbuh dengan baik.

Manakala perubahan cuaca seperti musim hujan yang berpanjangan berpotensi menyebabkan bunga durian luruh lebih banyak daripada biasa.

Baja pula amat penting kerana ia akan memastikan pokok mendapat nutrisi yang secukupnya untuk membesar mengikut jadual, sekaligus juga faktor utama yang menentukan keharuman dan kualiti buah nanti.

Malah, baja juga menjadi rahsia sebenar di sebalik keharuman dan kemanisan buah durian Musang King.

Menurut anak kepada pemilik kebun berkenaan, Wan Ali Akashah @ Wan Rdtg, mereka menggunakan produk FastGrow Fertilizer keluaran syarikat bumiputera, MQH Resources Sdn Bhd.

Katanya, mereka menggunakan baja berkenaan bermula dari fasa awal penanaman sehingga ke hari ini dan FastGrow Fertilizer terbukti merupakan antara baja terbaik untuk pokok durian.

“Kita ada buat beberapa plot untuk cuba baja yang berbeza-beza dan salah satu plot itu kita guna FastGrow Fertilizer.

“Kemudian apabila pokok sudah berbuah dan mengeluarkan hasil, kita cuba buah daripada setiap plot untuk lihat sendiri apa perbezaannya.

“Kami dapati, plot yang menggunakan FastGrow Fertilizer mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti dengan rasa buah yang lebih sedap.

“Isinya lebih tebal dengan biji yang lebih nipis, seperti kaset,” katanya.

Manakala maklum balas yang diterima daripada pemborong juga cukup memuaskan apabila mereka memuji kualiti buah yang dibeli daripada kebun mereka.

“Dekat Raub ini ada ramai pemborong dan setiap pemborong akan cuba atau uji dulu setiap buah yang mereka terima daripada ladang.

“Bila kita mula bekalkan buah kita dan mereka sudah lihat sendiri, memang pemborong puji buah dari kebun kita berkualiti tinggi dan biji macam kaset.

“Jadi, maklum balas yang kita terima daripada pemborong memang baik,” katanya lagi.

Tambah Wan Ali Akashah, penggunaan produk FastGrow Fertilizer juga boleh menjimatkan kos kerana selang waktu membaja boleh dianjak sehingga 3 bulan sekali tanpa menjejaskan tumbesaran pokok.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu pekebun menjimatkan kos operasi seperti mengupah buruh dan membeli stok baja setiap bulan.

Bercerita tentang FastGrow Fertilizer, Muhammad Safwan Sidek yang mewakili MQH Resources berkata, mereka bermula dengan membekalkan baja dalam bentuk cecair untuk pekebun sawit terlebih dahulu sebelum beralih kepada baja pokok durian.

“Kita olah semula formula baja-baja cecair yang kita ada dan perkenal baja-baja dalam bentuk butir atau palet baja granula. Baja-baja yang kita hasilkan ini berdasarkan maklum balas lapangan daripada pekebun-pekebun sendiri serta pakar-pakar pertanian yang bergiat aktif dalam aktiviti R&D.

“Kelebihan FastGrow Fertilizer adalah kita memiliki pasukan dan makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Kemudahan R&D sendiri ini membolehkan kita melakukan penambahbaikan secara berterusan,” kata Safwan yang juga salah seorang penyelidik, merangkap Pemeriksa Kualiti di MQH Resources.

Tambahnya, semua proses pembangunan baja FastGrow Fertilizer dibuat secara menyeluruh termasuk pembabitan serta maklum balas daripada pekebun durian bermula sejak daripada peringkat awal lagi.

“Kita juga ada berkolaborasi dengan RISDA dan Jabatan Pertanian. Kita lihat apa yang boleh kita tambah baik termasuk nutrien dalam baja.

“Semua berdasarkan maklum balas daripada pekebun termasuk daripada RISDA dan Jabatan Pertanian,” katanya lagi.

Menurut Safwan, antara kelebihan menggunakan produk FastGrow Fertilizer adalah mereka turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada para pekebun.

Khidmat konsultansi terdiri daripada pasukan penyelidik ini akan melawat ke kebun-kebun yang menggunakan produk FastGrow Fertilizer secara berkala dari masa ke masa.

Antara khidmat yang disediakan termasuk nasihat cara penggunaan baja dan kaedah pembajaan yang sesuai berdasarkan kualiti tanah, tumbesaran pokok dan faktor-faktor lain.

Setakat ini, FastGrow Fertilizer menyediakan produk-produk baja yang menyeluruh iaitu bermula daripada peringkat awal penanaman sehinggalah pokok mengeluarkan hasil.

Baja-baja tersebut terdiri daripada baja cecair, baja semi-organik, baja bio-organik dan sedang meneroka segmen baja kompos.

Antara produk utama baja yang dikeluarkan terdiri daripada Black Wizard Green (BWG) untuk kesuburan, Black Wizard Yellow (BWY) untuk merangsang pemutikan bunga dan Black Wizard Red (BWR) untuk peringkat pengisian buah.

Selain itu, FastGrow Fertilizer turut menyediakan produk rawatan pH tanah dan perangsang akar, Soil Care (paket berwarna hitam) yang juga sesuai untuk digunakan oleh pekebun.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Pengeluaran MQH Resources, Datuk Hamzah Hamid @ Ben Hamzah, baja-baja jenama FastGrow Fertilizer adalah baja berteknologi hibrid.

“FastGrow Fertilizer merupakan antara pengeluar baja tiga dalam satu dimana ia boleh digunakan untuk merawat tanah, ada unsur organik dan juga unsur kimia.

“Tiga benda ini kita gabungkan dalam satu baja sahaja. Kalau sebelum ini, pekebun terpaksa membeli perawat tanah, baja organik dan baja kimia secara berasingan.

“Kos operasi jadi lebih tinggi. Perlu upah pekerja dua tiga kali untuk menabur baja secara berasingan.

“Dengan FastGrow Fertilizer, pekebun tidak perlu mengeluarkan kos dan tenaga berlebihan,” katanya.

Baja-baja ini juga mengandungi mikrob dan unsur-unsur penstabil pH serta nutrisi lengkap yang menjadikan pokok kurang stress dan rintang dengan penyakit-penyakit.

Walaupun baja FastGrow Fertilizer bermula dengan tanaman sawit dan kini beralih kepada tanaman durian, baja tersebut sebenarnya sesuai untuk semua jenis tanaman.

Ini termasuk tanaman seperti pokok nenas, kelapa, pisang dan tanaman-tanaman yang lain lagi.

Selain untuk pasaran tempatan, Hamzah berkata FastGrow Fertilizer juga semakin dikenali oleh pekebun-pekebun luar negara dan kini telah dieksport ke pasaran seperti Indonesia serta Thailand.

Dikenali sebagai antara baja premium yang ada dalam pasaran, FastGrow Fertilizer turut menyediakan bungkusan baja lebih kecil 5 kilogram yang sesuai dibeli oleh pekebun-pekebun biasa.

Produk FastGrow Fertilizer dijual kini dijual menerusi platform media sosial di TikTok dan turut dibeli di platform e-dagang, Shopee.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web dan Facebook FastGrow Fertilizer .