Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nelayan Kongsi Detik Selamatkan Penyu, Tindakan CPR Dipuji Ramai
Selama lebih daripada 100 juta tahun, penyu laut menempuh jarak yang jauh merentas lautan dunia dan mengisi peranan penting dalam keseimbangan habitat marin. Kehadirannya juga sentiasa mendapat perhatian ramai.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan detik cemas seekor penyu diselamatkan oleh nelayan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh salah seorang nelayan, Amir Fitri di TikTok, penyu tersebut dilihat diberi bantuan pernafasan.
Ketika dihubungi oleh SK, Amir berkata kejadian tersebut berlaku di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang sekitar jam 9 malam. Menurutnya, penyu lipas itu tersangkut pada jaring mereka.
“Saya bersama dengan rakan menarik penyu tersebut ke atas bot dan saya dapati penyu itu tiada pergerakan.
“Kami cuba untuk buat CPR selama lebih kurang 30 hingga 40 minit, baru ada tanda air keluar dari mulut penyu tersebut dan disertakan dengan pergerakan anggota badan,” katanya.
Ujarnya lagi, selepas satu jam, barulah penyu itu kelihatan aktif semula.
“Jam 11.30 malam baru say dengan anak saya serta rakan kerja melepaskan penyu itu ke habitat asal nya, ini semua kuasa Allah yang maha berkuasa, hidup dan mati semua ketentuanNya kita manusia hanya cuba sedaya yang mungkin,” katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan tidak kurang juga yang berterima kasih kepada para nelayan itu.
“Pentingnya belajar pertolongan cemas CPR bukan hanya manfaat pada manusia tetapi kepada haiwan juga. Allahuakbar dengan izin Allah Penyu selamat. Moga rezeki dan urusan abang berdua dipermudahkan Allah. Ilmu yang bermanfaat”
“Pesanan saya, belajarlah cara CPR, antara ilmu sangat berguna. Terbaik la brader dalam video”
“Alhamdulillah, terima kasih orang baik, semoga Allah limpahkan rezeki tak putus-putus untuk kalian.”
“Penyu tu kena jaring kot, lama tersangkut hingga hampir tewas. Alhamdullilah ada yang berpengalaman tangani situasi sebegini. Kalau kena yang tak tahu nak buat CPR macam tu tak tahu la nasib penyu tersebut.”
Sumber: Amir Fitri