Lapan Kawasan Catat Suhu Panas Tahap Berjaga-Jaga
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Lapan kawasan masing-masing empat di Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu panas tahap berjaga-jaga setakat 4 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kemas kini status cuaca panas di Facebook memaklumkan empat kawasan di Sabah melibatkan Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Sandakan.
BACA: Suhu Cecah 50 Darjah Celsius, Ini 10 Tempat Terpanas Di Dunia
Empat kawasan di Sarawak pula melibatkan Sibu, Marudi, Telang Usan dan Limbang.
Menurut MetMalaysia, suhu panas tahap berjaga-jaga ialah apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
Sumber: Bernama
