Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tarikh Luput: Ini Beza Guna Sebelum Dengan Baik Sebelum
Setiap kali kita membeli barang dapur di pasar raya atau kedai runcit, pasti akan tertera tarikh luput pada bungkusan sama ada ‘Guna Sebelum’ (Use By) dan ‘Baik Sebelum’ (Best Before).
Malangnya, ramai orang masih tidak betul-betul faham apa maksud sebenar kedua-dua label ini.
Ramai menyangka kedua-duanya sama padahal hakikatnya ia membawa maksud yang sangat berbeza dan boleh memberi kesan besar kepada keselamatan makanan, kesihatan diri serta tabiat pembaziran yang sering berlaku tanpa disedari.
Sebahagian besar pengguna hanya melihat angka tarikh luput tanpa mengambil tahu sama ada produk itu perlu dibuang terus atau masih boleh digunakan dengan selamat walaupun melepasi tarikh yang tertera.
Akibatnya, banyak makanan yang sebenarnya masih elok dibuang begitu sahaja sedangkan pada masa sama kita mengeluh harga barang semakin mahal dan kos sara hidup makin menekan.
Sebenarnya, dengan memahami perbezaan di antara ‘Guna Sebelum’ (Use By) dan ‘Baik Sebelum’ (Best Before), kita bukan sahaja dapat melindungi diri daripada risiko keracunan makanan malah dapat menyelamatkan duit poket daripada terbazir kerana membeli terlalu banyak barang yang akhirnya terbuang begitu saja.
Pendek kata, pengetahuan kecil ini membawa kesan besar kepada cara kita berbelanja, menyimpan dan menggunakan makanan harian.
Dalam artikel ini, mari kita bongkar beza sebenar ‘Guna Sebelum’ (Use By) vs ‘Baik Sebelum’ (Best Before) supaya lepas ini anda tidak lagi keliru malah boleh menjadi pengguna bijak yang tahu menilai apa yang patut dimakan, disimpan atau dibuang.
Tarikh ‘Guna Sebelum’ adalah penanda aras keselamatan makanan. Biasanya, label ini digunakan pada produk segar dan mudah rosak seperti daging mentah, ikan, susu segar atau makanan sedia dimakan yang tidak melalui proses pengawetan panjang.
Tarikh ini ditetapkan sebagai tarikh akhir makanan tersebut selamat dimakan. Selepas tarikh ini, risiko keracunan makanan meningkat kerana bakteria berbahaya boleh wujud tanpa menjejaskan rupa atau bau makanan tersebut.
Sebagai contoh, ayam mentah yang dilabel Guna Sebelum 25 Julai 2025 harus dibuang jika sudah melepasi tarikh tersebut walaupun warnanya masih kelihatan segar.
Pendek kata, kalau sudah lepas tarikh ‘Guna Sebelum’, jangan ambil risiko.
BACA : Rumah Mampu Milik Johor 2025: Kelayakan & Cara Mohon
‘Baik Sebelum’: Lebih kepada kualiti, bukan keselamatan
Berbeza pula dengan tarikh ‘Baik Sebelum’. Label ini biasanya dicetak pada produk yang tahan lebih lama seperti makanan kering, makanan dalam tin, rempah ratus, bijirin sarapan, biskut atau coklat.
Tarikh ini bukan penanda makanan akan rosak atau tidak selamat, tetapi lebih kepada menjaga kualiti optimum iaitu rasa, aroma dan tekstur makanan berada pada tahap terbaik sebelum tarikh tersebut.
Contohnya, sebungkus biskut bertarikh Baik Sebelum 10 Ogos 2025 masih boleh dimakan pada 15 Ogos tanpa memudaratkan kesihatan. Cuma biskut mungkin kurang rangup atau rasanya tidak lagi sedap seperti hari pertama dibeli.
Selalunya ramai yang terus membuang makanan hanya kerana melihat tarikh ‘Baik Sebelum’ sudah melepasi. Padahal, makanan tersebut masih elok dan selamat dimakan.
Memahami perbezaan ini bukan sahaja boleh mengelakkan pembaziran tetapi juga dapat membantu kita merancang pembelian dengan lebih bijak.
Bayangkan, setiap tahun, bertan-tan makanan terbuang hanya kerana salah faham tentang tarikh luput. Lebih merugikan lagi, ia jua turut menyumbang kepada masalah pencemaran dan pembaziran sumber makanan global.
Selain peka pada label, cara menyimpan makanan juga penting. Sentiasa pastikan peti sejuk berada pada suhu yang betul dan tutup rapat bungkusan makanan yang sudah dibuka.
Amalkan juga kaedah ‘First In, First Out’, iaitu barang yang dibeli dahulu mesti digunakan dahulu.
Kalau masih ragu, guna tiga deria utama: lihat, hidu dan rasa sedikit (untuk makanan ‘Baik Sebelum’). Kalau rupa, bau dan rasa masih elok, ia masih boleh dimakan tanpa membahayakan kesihatan.
Kesimpulannya, ‘Guna Sebelum’ wajib dipatuhi demi keselamatan. ‘Baik Sebelum’ pula lebih kepada menjaga kualiti. Sebagai pengguna yang bijak, jadikan pengetahuan ini panduan supaya kita tidak bazirkan makanan, wang dan masa.
Sumber : betterhealth, food.gov.uk