Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
7 Tip Bijak Pilih Tempat Duduk Kapal Terbang
Gambar AI
Tiada Kategori

7 Tip Bijak Pilih Tempat Duduk Kapal Terbang

suhaila

7 Tip Bijak Pilih Tempat Duduk Kapal Terbang Agar Perjalanan Lebih Selesa dan Tenang

Tahukah anda bahawa tempat duduk di dalam kapal terbang bukan sekadar nombor tertera di atas boarding pass yang ramai orang anggap tidak begitu penting?

Hakikatnya, ramai penumpang sering terlepas pandang bahawa pemilihan tempat duduk sebenarnya boleh memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan tahap keselesaan fizikal dan emosi sepanjang perjalanan di awan biru.

Pilihan tempat duduk tetap memainkan peranan penting sama ada anda menaiki kapal terbang untuk perjalanan jarak dekat hanya sejam dua atau merentasi benua dengan penerbangan jarak jauh yang memakan masa berbelas malah berpuluh jam.

Dengan sedikit usaha untuk memilih kerusi yang betul, anda boleh menikmati perjalanan dengan lebih selesa. Hasilnya anda akan turun dari pesawat dengan senyuman puas dan bukannya dengan tubuh yang lenguh atau mood yang terganggu.

Bukan itu sahaja, tempat duduk yang tepat juga akan memudahkan pergerakan anda ketika berada di dalam kapal terbang dan membantu anda tidur lebih lena.

Anda juga boleh menikmati hidangan tanpa gangguan malah menjimatkan masa semasa turun dari pesawat kelak. Jadi, sebelum jari anda menekan butang ‘Confirm Seat’ ketika tempahan, ambillah sedikit masa untuk meneliti tip-tip berguna ini.

1. Duduk di bahagian hadapan pesawat untuk suasana lebih tenang

Salah satu rahsia penumpang yang berpengalaman ialah memilih tempat duduk di bahagian hadapan pesawat. Kerusi di depan lazimnya menawarkan suasana yang lebih senyap kerana jaraknya yang jauh dari enjin terutamanya untuk pesawat yang mempunyai enjin di bahagian belakang.

Ini bermakna anda kurang terdedah kepada bunyi bising enjin yang boleh mengganggu tidur atau tumpuan ketika membaca buku.

Selain itu, penumpang yang duduk di bahagian hadapan akan menjadi antara yang terawal turun dari pesawat sebaik sahaja mendarat.

Ini sangat memudahkan jika anda mempunyai penerbangan sambungan (connecting flight) yang jadualnya ketat. Anda juga dapat segera beratur di kaunter imigresen tanpa perlu menunggu lama.

Malah getaran atau gegaran pesawat akibat cuaca tidak menentu biasanya lebih terkawal di bahagian depan berbanding tempat duduk di bahagian belakang.

2. Cari kerusi dengan ruang kaki yang lebih luas

Bagi anda yang cepat rasa sempit atau mempunyai ketinggian di atas purata, ruang kaki yang luas memang menjadi faktor utama. Pilihan terbaik ialah kerusi di barisan pintu kecemasan atau exit row seat.

Kerusi di barisan ini direka dengan ruang kaki yang lebih panjang supaya laluan kecemasan sentiasa mudah diakses. Hasilnya anda boleh meregangkan kaki dengan lebih selesa sepanjang perjalanan.

Namun begitu perlu diingatkan bahawa duduk di barisan ini hadir dengan tanggungjawab keselamatan tertentu. Penumpang di sini harus bersedia membantu krew jika berlaku sebarang situasi kecemasan.

Selain itu, beg tangan atau barang peribadi tidak boleh diletakkan di lantai semasa berlepas dan mendarat.

Satu lagi alternatif ialah bulkhead seat iaitu kerusi di barisan pertama selepas dinding pemisah kabin. Tanpa kerusi di hadapan, ruang kaki terasa lebih lapang.

Cuma, pastikan barang penting mudah dicapai kerana tiada ruang di bawah kerusi hadapan untuk menyimpan beg tangan.

3. Mahu nikmati tidur lena? Window seat jawapannya

Kalau anda jenis penumpang yang gemar qada tidur di atas awan, pilihlah tempat duduk di tepi tingkap atau window seat. Kerusi ini memberikan privasi tambahan kerana anda tidak perlu bangun setiap kali penumpang di sebelah mahu ke tandas.

Selain itu, anda juga boleh menyandar kepala pada dinding kabin untuk tidur dengan lebih selesa berbanding bergantung pada bantal leher semata-mata.

Bagi sesetengah orang, pemandangan langit biru dan awan putih di luar tingkap juga boleh menjadi hiburan percuma yang menenangkan fikiran.

Ini sangat membantu terutama ketika penerbangan panjang yang membosankan. Jadi, kalau anda mahu perjalanan yang lebih damai, window seat memang wajib dipilih.

4. Suka bergerak atau kerap ke tandas? Pilih aisle seat

Sebaliknya, jika anda seorang yang mudah haus atau gemar memastikan tubuh sentiasa terhidrat sepanjang penerbangan anda pasti akan lebih kerap ke tandas.

Dalam situasi ini, duduk di aisle seat atau kerusi di tepi lorong sangatlah praktikal. Anda boleh bebas keluar masuk tanpa perlu mengganggu penumpang lain yang sedang tidur di kerusi tepi tingkap.

Malah tempat duduk jenis ini juga memberikan ruang tambahan untuk meluruskan kaki ke lorong. Namun pastikan kaki anda tidak menghalang laluan pramugari yang sibuk menghidang makanan atau minuman.

Penumpang yang mempunyai masalah peredaran darah juga biasanya memilih kerusi ini supaya mudah bangun dan berjalan seketika bagi mengelakkan kebas kaki.

5. Elakkan tempat duduk dekat tandas atau dapur kabin

Satu perkara yang jarang disedari ialah tempat duduk berhampiran tandas atau dapur kabin sebenarnya boleh menjadi punca ketidakselesaan yang tidak dijangka.

Kawasan ini lazimnya menjadi ‘zon sibuk’ kerana ramai penumpang akan beratur menunggu giliran ke tandas menyebabkan suasana bising dan laluan sering terganggu.

Bau kurang menyenangkan juga kadangkala boleh terlepas ke kawasan tempat duduk berdekatan. Begitu juga dengan kerusi yang terletak berdekatan dapur kabin iaitu tempat di mana krew penerbangan sibuk menyediakan makanan dan minuman.

Bunyi pinggan mangkuk atau troli yang ditolak ke sana ke mari boleh mengganggu rehat anda apatah lagi jika penerbangan tersebut dijadualkan pada waktu malam.

6. Kurangkan rasa gegaran, duduk berhampiran sayap pesawat

Bagi penumpang yang cepat cemas apabila pesawat melalui kawasan bergelora atau mengalami turbulence, pemilihan lokasi tempat duduk boleh membantu mengurangkan rasa bimbang.

Tempat duduk di bahagian tengah pesawat terutama yang berhampiran sayap adalah pilihan yang terbaik. Kawasan ini paling stabil kerana terletak hampir dengan pusat graviti kapal terbang.

Bahagian ini direka untuk mengimbangi pergerakan pesawat. Jadi gegaran akibat cuaca buruk biasanya kurang terasa di sini berbanding di bahagian hujung pesawat terutamanya di bahagian ekor yang lebih terdedah kepada hentakan angin.

Kalau anda rasa gelisah setiap kali kapal terbang bergoncang, cuba tempah seat di zon ini pada masa akan datang.

BACA : Travel DIY: Tip Bijak Bercuti Luar Negara Tanpa Ejen

7. Gunakan peta tempat duduk dan semak ulasan penumpang lain

Sebelum membuat tempahan, rajinkan diri melawat laman web seperti SeatGuru, ExpertFlyer atau terus ke laman syarikat penerbangan untuk melihat peta tempat duduk terkini.

Di sini anda boleh membaca ulasan penumpang lain tentang seat mana yang selesa, seat mana yang sempit atau seat mana yang terlalu hampir dengan tandas.

Kadangkala, kerusi tertentu kelihatan menarik pada peta tetapi hakikatnya adalah ruangnya yang sempit, berdekatan tangki air atau tidak boleh direbahkan sepenuhnya.

Jadi, sedikit homework boleh menyelamatkan anda daripada penyesalan semasa penerbangan.

Oleh itu, keselesaan di dalam pesawat tidak hanya bergantung pada layanan krew kabin atau saiz bantal leher.

Pemilihan tempat duduk yang bijak juga memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan anda lebih lancar, tenang dan bebas stres.

Jadi luangkan sedikit masa sebelum tempah tiket untuk merancang kedudukan tempat duduk yang sesuai dengan gaya perjalanan anda.

Sumber : cnet.com,easemytrip.com

BACA : Rahsia Pantau Anak: 5 App Kawal Gajet Paling Power