Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Travel DIY: Tip Bijak Bercuti Luar Negara Tanpa Ejen
Gambar AI
Tiada Kategori

Travel DIY: Tip Bijak Bercuti Luar Negara Tanpa Ejen

suhaila

Travel DIY: Tip Bijak Bercuti Luar Negara Tanpa Ejen

Bercuti ke luar negara kini tidak lagi terhad kepada pakej mahal melalui ejen pelancongan kerana ramai yang mula berani merancang sendiri percutian dengan cara DIY atau ‘Do-It-Yourself’.

Konsep travel DIY ini semakin popular kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah dapat memberikan kebebasan penuh untuk anda menentukan jadual, destinasi dan cara pengembaraan yang paling sesuai dengan minat dan bajet sendiri.

Apabila merancang percutian sendiri, anda berpeluang merasai pengalaman sebenar sebagai ‘backpacker’ moden yang lebih fleksibel, bebas dan kreatif dalam membuat pilihan.

Namun, untuk memastikan perjalanan ini benar-benar lancar dan bebas masalah, ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu supaya impian bercuti di negara orang tidak bertukar menjadi pengalaman pahit.

Jadi, jika anda berhajat mahu travel ke luar negara secara DIY tanpa bergantung kepada pakej ejen, inilah panduan dan tip bijak yang wajib anda baca sebelum mengemas beg.

1. Buat kajian destinasi secara terperinci

Langkah pertama yang paling penting untuk travel DIY ialah membuat kajian mendalam mengenai destinasi yang ingin dituju.

Cari maklumat tentang syarat visa, musim dan cuaca semasa tarikh perjalanan serta kadar mata wang negara tersebut. Ambil tahu juga tentang adat budaya tempatan serta senarai tempat menarik yang berbaloi dilawati.

Selain itu, kenal pasti juga lokasi restoran halal, tempat solat dan kemudahan mesra Muslim jika anda seorang Muslim.

Dengan pengetahuan ini, anda akan lebih yakin untuk merancang perjalanan sendiri dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di negara orang.

2. Tempah tiket penerbangan lebih awal

Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah tempahan tiket penerbangan. Usahakan untuk membeli tiket sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan lebih awal untuk menikmati harga promosi yang lebih murah.

Gunakan laman web perbandingan seperti Skyscanner, Google Flights atau Kayak bagi menjejak tawaran terbaik dari pelbagai syarikat penerbangan.

Jika beruntung, anda mungkin dapat membeli tiket pada waktu promosi seperti MATTA Fair atau jualan kilat syarikat penerbangan sekali gus dapat menjimatkan banyak kos perjalanan.

BACA : 7 Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik 2025

3. Pilih penginapan strategik

Selain itu, pemilihan penginapan yang strategik juga sangat penting untuk memudahkan pergerakan sepanjang bercuti.

Pilih lokasi yang berdekatan dengan stesen tren, MRT atau hentian bas supaya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk teksi dan mudah bergerak ke mana sahaja tanpa membuang masa.

Semak juga kemudahan sekitar seperti kedai serbaneka, restoran halal atau kawasan tumpuan pelancong untuk memudahkan keperluan harian.

Jangan lupa baca ulasan penginap terdahulu untuk pastikan lokasi benar-benar selesa dan selamat terutamanya jika anda bercadang untuk pulang lewat malam.

4. Sediakan itinerari fleksibel

Anda juga digalakkan untuk menyusun jadual perjalanan harian dengan teratur dan fleksibel dengan mengelompokkan destinasi berdekatan pada hari yang sama.

Elakkan jadual yang terlalu padat supaya badan tidak letih dan masih ada masa untuk singgah ke tempat menarik lain secara spontan.

Itinerari yang bijak dapat membantu anda mengelak membazir masa berpatah balik ke lokasi sama. Pastikan juga anda membuat salinan itinerari secara digital supaya mudah diakses bila-bila masa.

5. Urus pengangkutan awam dan tiket masuk lebih awal

Di samping itu, rancang pengangkutan awam dengan bijak. Dapatkan pass perjalanan seperti JR Pass, Oyster Card atau Metro Card yang menawarkan penjimatan berganda jika digunakan sepanjang tempoh lawatan.

Tempah juga tiket masuk ke tarikan popular secara dalam talian lebih awal untuk elakkan beratur panjang di kaunter terutamanya di musim cuti atau musim puncak.

Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga boleh merancang bajet dengan lebih teratur. Langkah ini juga membantu anda lebih bersedia dan mengelakkan risiko tiket habis dijual pada saat akhir.

6. Bawa duit dan kad dengan selamat

Urus wang tunai dengan teliti dan tukar mata wang asing lebih awal untuk mendapatkan kadar terbaik. Elakkan menukar wang dalam keadaan terdesak di lapangan terbang kerana kadar biasanya lebih mahal.

Bawa kad debit atau kredit antarabangsa sebagai pilihan tambahan jika kehabisan wang tunai atau berlaku kecemasan.

Sebaiknya, agihkan wang ke dalam beberapa tempat simpanan berbeza seperti pouch rahsia atau dompet berasingan. Simpan juga sebahagian di beg sandang supaya lebih selamat sepanjang perjalanan.

8. Pastikan travel insurance dan dokumen lengkap

Antara lain, anda juga perlu untuk mendapatkan insurans perjalanan yang melindungi risiko seperti kecemasan perubatan, kehilangan bagasi, kelewatan penerbangan atau pembatalan perjalanan pada saat akhir.

Ramai yang mengabaikan travel insurance sedangkan kos rawatan di luar negara boleh mencecah ribuan ringgit jika berlaku kemalangan.

Simpan semua dokumen penting seperti passport, visa, tiket penerbangan, baucar hotel dan polisi insurans dalam bentuk salinan digital dan cetakan sebagai langkah berjaga-jaga.

9. Guna Apps yang memudahkan

Manfaatkan aplikasi pintar seperti Google Maps atau Maps.me untuk panduan arah terutamanya jika anda bergerak secara berjalan kaki di bandar besar.

Gunakan XE Currency untuk semak kadar tukaran wang semasa agar anda tidak tertipu ketika menukar mata wang di money changer.

Aplikasi seperti Klook atau KKDay pula membolehkan anda menempah tiket aktiviti, lawatan atau pengangkutan dengan harga lebih murah dan tawaran eksklusif.

9. Bawa barang keperluan yang betul

Selain itu, pastikan juga anda hanya bawa barang keperluan asas supaya beg tidak terlalu berat dan menyusahkan pergerakan terutamanya jika perlu menaiki pengangkutan awam.

Pilih pakaian yang boleh dipadankan semula mengikut cuaca dan aktiviti yang dirancang supaya tidak perlu membawa terlalu banyak pakaian.

Jangan lupa bawa ubat-ubatan penting, universal adapter, power bank dan beg galas kecil yang memudahkan anda membawa barang penting ketika keluar berjalan seharian.

10. Jaga keselamatan

Utamakan keselamatan diri dan barang berharga sepanjang perjalanan supaya anda dapat menikmati percutian dengan tenang.

Elakkan berjalan bersendirian di kawasan sunyi atau mudah terpedaya dengan penipuan pelancong seperti ‘pickpocket’ atau scam tiket palsu. Hormati undang-undang dan budaya tempatan sepanjang berada di negara orang.

Sentiasa maklumkan pergerakan anda kepada keluarga atau rakan supaya mereka tahu di mana keberadaan anda sekiranya berlaku kecemasan.

Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan simpan nombor kecemasan tempatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Travel secara DIY memang memerlukan perancangan yang teliti tetapi hasilnya pasti lebih memuaskan hati. Anda akan belajar untuk lebih berdikari, bijak membuat keputusan dan menghargai setiap pengalaman berharga di tempat orang.

Dengan sedikit usaha lebih di peringkat awal, anda bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah dapat mencipta memori perjalanan yang unik dan tidak dapat dibeli dengan wang.

Sumber : lifestylecollective, foundelsewhere

BACA : Bil Melambung? Ini 10 Cara Bijak Jimat Elektrik Rumah Anda