Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Komander Divisyen Kemboja Dipercayai Terbunuh Ditembak Meriam Tentera Thailand
Seorang pegawai tinggi tentera Kemboja, Mejar Jeneral Duong Somneang, dipercayai terbunuh selepas terkena tembakan meriam dari pihak tentera Thailand dalam pertempuran yang tercetus awal pagi semalam.
Menurut laporan media, pertempuran antara pasukan tentera Thailand dan Kemboja berlaku di sekitar kawasan Phu Ma Kua dan Chong Ta Thao.
Kejadian berlaku seawal pagi apabila tentera Kemboja cuba merampas semula kedudukan yang telah dikuasai oleh pihak Thailand.
Tentera Thailand bagaimanapun berjaya mempertahankan kedudukan mereka di Phu Ma Kua dan berjaya memaksa tentera Kemboja berundur dari kawasan itu.
Dalam usaha serangan balas yang dilancarkan oleh pasukan Kemboja, beberapa anggota mereka dilaporkan terbunuh dan cedera.
Mejar Jeneral Duong Somneang antara yang dipercayai maut selepas terkena bedilan meriam semasa pertempuran sengit di barisan hadapan antara Chong Ta Thao dan Phu Ma Kua.
Setakat ini, belum ada maklumat rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kemboja atau Thailand berhubung jumlah korban keseluruhan serta status semasa konflik tersebut.
BACA: Tentera Thailand, Kemboja Bertempur Di Sempadan
BACA: Kemboja Serang Kampung, Hospital Di Thailand
BACA: Konflik Dengan Kemboja Berpotensi Jadi Perang – Pemangku PM Thailand
Sumber: Nation Thailand