Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MRSM Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Hannah
MRSM cuti
Gambar: Stadium Astro

MRSM Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara akan diberi cuti khas esok (28 Julai 2025) sebagai tanda penghargaan atas kejayaan membanggakan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di media sosial sebentar tadi.

Pasukan Cougars Balik Pulau mencatat sejarah apabila menjadi pasukan MRSM pertama yang berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Super Schools Rugby.

Mereka menewaskan Victoria Institution (VI) dengan keputusan 14-13 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Kejayaan ini turut diserikan dengan aksi cemerlang Muhammad Firdaus Zolkifli dari MRSM Batu Pahat yang muncul sebagai wira selepas melakukan try dramatik dalam kedua-dua babak perlawanan.

Try itu kemudiannya disempurnakan menerusi tendangan conversion oleh Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhill dan Aqil Zikry Abdul Malek.

BACA: WUG 2025: Kuartet 4x100m Kota Janji Ke Final

Sumber: Stadium Astro