Terkini

Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Tiada Kategori

REDLINE Fitness Games by NISSAN Kembali Gegarkan Malaysia Dengan Lebih 10,000 Peserta dan Penonton

Nur Farra

REDLINE Fitness Games by NISSAN telah kembali ke Malaysia untuk edisi ketiga pada 26 dan 27 Julai lalu, bertempat di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC). Menyusuli kejayaan dua edisi terdahulu pada 2023 dan 2024, acara tahun ini mencatatkan penyertaan yang jauh lebih tinggi, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu pertandingan kecergasan paling besar dan inklusif di Asia Tenggara. Lebih 10,000 peserta dan penonton dari dalam dan luar negara telah membanjiri arena REDLINE Fitness Games sepanjang hujung minggu yang penuh aksi tersebut.

Dianjurkan oleh Fresh Events Asia dan disokong oleh penaja utama NISSAN, REDLINE Fitness Games menyediakan platform bagi peminat gim dan gaya hidup aktif menguji had mereka dalam persekitaran yang dinamik dan penuh tenaga.

Acara ini telah menampilkan satu rangkaian stesen senaman berturutan yang direka untuk menguji kekuatan, stamina, kelincahan dan ketahanan mental. Pada tahun ini, peserta berdepan dengan 12 cabaran yang melibatkan seluruh badan seperti larian 500 meter, SkiErg, BikeErg, RowErg, deadball burpees, sled push & pull, dan The Mule. Turut disertakan ialah senaman seperti Russian twists, squat thrusts, shuttle runs dan sandbag gauntlet; semuanya direka untuk memberi latihan yang seimbang tetapi mencabar dari pelbagai sudut.

Menurut Jeff Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia, daya tarikan REDLINE Fitness Games terletak pada gabungan intensiti fizikal dan semangat komuniti. “Setiap tahun, REDLINE Fitness Games mengingatkan kita tentang semangat kental dan sokongan sesama peserta. Sejak mula lagi, REDLINE Fitness Games bukan sekadar sebuah acara kecergasan, ia adalah ruang yang dicipta bagi semua, sama ada atlet berpengalaman atau peserta kali pertama untuk menjadi sebahagian daripada satu gerakan yang lebih besar,” kata beliau.

“Kami juga amat menghargai sokongan berterusan daripada NISSAN, MyCEB, Concept2 dan semua rakan kongsi yang menjayakan REDLINE Fitness Games di Malaysia.”

Selain itu, kembalinya NISSAN sebagai penaja utama acara ini membuktikan keserasian jenama tersebut dengan nilai-nilai REDLINE Fitness Games. Menurut Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, penglibatan berterusan NISSAN mencerminkan komitmen mereka dalam mempromosikan kekuatan, ketahanan dan keberanian semua kualiti utama yang menjadi teras kepada REDLINE Fitness Games dan rangkaian produk NISSAN.

”Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada REDLINE Fitness Games sekali lagi! Secara dasarnya, REDLINE Fitness Games adalah tentang melangkaui had prestasi diri. Semangat dan usaha gigih untuk mencapai prestasi tertinggi ini mencerminkan aspirasi NISSAN dalam setiap apa yang kami bina dan lakukan iaitu sentiasa berkembang dan menjadi lebih baik. Kerjasama ini amat bermakna buat kami kerana ia lahir daripada wawasan yang dikongsi bersama untuk melangkah lebih jauh,” tambah beliau.

REDLINE Fitness Games 2025 turut mendapat sokongan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

“Kami gembira dapat menyokong REDLINE Fitness Games yang kini berkembang menjadi acara kecergasan ikonik di Malaysia dan rantau ini. Acara ini mencerminkan pengalaman dinamik berfokus komuniti yang selari dengan misi kami untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi acara sukan dan gaya hidup bertaraf dunia. Dengan sokongan strategik, kami memastikan para peserta dapat menikmati pengalaman yang selamat, bermanfaat dan kaya dengan elemen budaya,” kata Tan Mei Phing, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB.

Edisi ketiga REDLINE Fitness Games di Malaysia telah menjadi pembuka tirai kepada pengembangan jenama ini ke seluruh rantau Asia Tenggara. Pada Disember 2025 kelak, Bangkok akan menjadi tuan rumah REDLINE Fitness Games buat kali pertama, diikuti oleh Vietnam pada awal 2026.

Istilah ‘REDLINE’ merujuk kepada had prestasi maksimum, sama seperti enjin kereta yang dipacu ke tahap tertinggi. Dalam REDLINE Fitness Games, para peserta telah digalakkan mengenal pasti had kemampuan masing-masing atau “REDLINE” mereka dan seterusnya mencabar batas fizikal dan mental sendiri.

REDLINE Fitness Games by NISSAN terus mengangkat potensi acara kecergasan berasaskan komuniti. Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi pengalaman yang mencabar dari segi fizikal, memberi kepuasan emosi, dan mencetuskan inspirasi.

Untuk maklumat lanjut tentang acara tersebut, sila layari www.redlinefitnessgames.com.