Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ketahui Sebab Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia
Jantung ialah organ utama yang mengepam darah ke seluruh badan. Namun, tahukah anda bahawa otot betis sering digelar sebagai “jantung kedua” dalam tubuh manusia?
Ini kerana otot betis memainkan peranan penting dalam membantu darah kembali semula ke jantung, terutamanya dari bahagian bawah badan seperti kaki.
Ketika jantung mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh, darah tersebut akan digunakan oleh organ dan tisu, kemudian mengalir kembali ke jantung dalam keadaan kurang oksigen.
Proses ini berlaku melalui sistem vena, dan di sinilah otot betis memainkan peranan penting.
Apabila kita berjalan, berlari atau sekadar menggerakkan kaki, otot betis akan mengecut dan mengembang.
Pergerakan ini membantu memaksa darah yang berada di bahagian kaki untuk naik semula ke jantung, melawan tarikan graviti.
Mekanisme ini dipanggil sebagai “calf muscle pump” atau pam otot betis.
Tanpa bantuan dari otot betis ini, aliran darah dari bahagian bawah tubuh boleh menjadi perlahan dan tidak efisien.
Ini boleh mengakibatkan pembengkakan kaki, keletihan atau lebih teruk, pembentukan darah beku.
Menariknya, satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Biomechanics pada November 2014 mendapati bahawa individu yang mengalami kegagalan jantung kronik mempunyai saiz otot betis yang lebih kecil berbanding individu yang sihat.
Ini menunjukkan bahawa kekuatan otot betis sangat berkait rapat dengan keupayaan jantung untuk berfungsi dengan baik.
Apabila otot betis anda kuat dan aktif, ia membantu mempercepatkan “venous return”, iaitu aliran balik darah ke jantung dari bahagian bawah tubuh.
Ini secara tidak langsung mengurangkan beban kerja jantung dan menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular secara keseluruhan.
Menguatkan otot betis bukan sahaja membantu jantung tetapi juga melancarkan peredaran darah. Ia mengurangkan risiko pembengkakan kaki, kejang otot dan varikos.
Selain itu, ia juga membantu meningkatkan tenaga harian kerana aliran darah yang lancar membekalkan oksigen dengan lebih efisien ke seluruh tubuh.
Jadi, mulakan dengan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki setiap hari, menaiki tangga, berbasikal atau melakukan senaman regangan kaki.
Semua ini mampu merangsang otot betis anda untuk bekerja lebih aktif.
BACA: 5 Minit Je, Perkongsian Lelaki “Claim” Bagasi Baru Di KLIA Jadi Tumpuan
Sumber: Shaftesbury Chiropractic