Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Anak Merdeka Malaysia’ Diperkenal, Khas Untuk Individu Lahir 31 Ogos & 16 Sept

Sofea
anak merdeka malaysia
Kredit: Bernama

‘Anak Merdeka Malaysia’ Diperkenal, Khas Untuk Individu Lahir 31 Ogos & 16 Sept

Tanggal 31 Ogos dan 16 September sangat istimewa di Malaysia kerana ia merupakan hari bersejarah bagi negara kita.

Ketika ini, orang ramai diberikan cuti untuk menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Selain itu, bayi yang dilahirkan pada kedua-dua tarikh itu juga sering mencuri tumpuan.

Bagi menyemarakkan lagi kedua-dua hari istimewa itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengumumkan bahawa kementeriannya telah memperkenalkan inisiatif ‘Anak Merdeka Malaysia’.

Khas untuk yang lahir pada kedua-dua tarikh-tarikh itu, ia adalah sebagai penghormatan dan simbol kepada perjuangan, kemerdekaan dan perpaduan negara.

Menerusi kiriman di Facebook, Aaron berkata pendaftaran untuk program tersebut telah dibuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berkongsi tarikh lahir pada detik bersejarah tersebut tanpa mengira latar belakang, umur atau kaum.

BACA: Makna Tema & Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

“Mereka yang berdaftar akan diberi peluang istimewa untuk menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan rasmi peringkat kebangsaan, menerima cenderahati kenang-kenangan, dan diraikan sebagai antara wira simbolik negara yang mewakili semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, usaha terbabit bukan hanya untuk meraikan tarikh lahir semata-mata, sebaliknya turut membawa mesej mendalam dalam mengangkat semangat kenegaraan dan jati diri bangsa, lapor Bernama.

“Melalui ‘Anak Merdeka Malaysia’, kita bukan sahaja meraikan tarikh lahir mereka tetapi kita menyatukan suara rakyat dalam satu identiti kebangsaan.

“Inilah wajah sebenar Malaysia MADANI, negara yang menyanjung sejarah, menyemai harapan dan menyatuakan rakyat.” katanya.

Orang ramai juga diseru untuk menyebarkan maklumat mengenai insiatif ini kepada ahli keluarga, rakan dan komuniti setempta supaya lebih ramai dapat diraikan sebagai sebahagian daripada legasi merdeka negara.

“Inilah peluang kita sebagai rakyat untuk memperkukuh semangat patriotisme melalui penyertaan yang inklusif dan bermakna,” katanya lagi.

Anda boleh mendaftar dengan mudah menerusi imbasan kod QR pada poster hebahan di bawah ini atau layari pautan rasmi di sini: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfTJuBam80TTVaAoTFzdEIBp_sSH_AnymPqm8xURJeKkGLEA/viewform.

Kredit: Aaron Ago Dagang

Sumber: Aaron Ago Dagang, Bernama