Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
fakta tsunami gempa bumi
Gambar: AI

Apa Itu Tsunami? Fakta & Bagaimana Gempa Bumi Boleh Hasilkan Bencana Ini

Iqbal Yasir

Apa Itu Tsunami? Fakta & Bagaimana Gempa Bumi Boleh Hasilkan Bencana Ini

Dunia hari ini dikejutkan dengan satu gempa bumi kuat 8.7 magnitud yang melanda Semenanjung Kamchatka, Rusia.

Susulan itu, amaran tsunami dikeluarkan di beberapa negara akibat bencana alam berkenaan.

Bercakap mengenai tsunami, pernah tak anda terfikir, bagaimana gempa bumi yang tercetus boleh mengakibatkan berlakunya tsunami?

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan topik menarik ini di bawah.

Apa Itu Tsunami?

Gambar: AI

Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), perkataan “tsunami” berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut di pelabuhan.

Ia bukan sekadar satu ombak, tetapi merupakan siri gelombang besar yang terbentuk akibat gangguan mendadak di dasar laut.

Gelombang-gelombang ini memiliki jarak dan jangka masa panjang antara satu sama lain, di mana setiap puncak gelombang boleh berjarak antara 10 minit hingga 1 jam.

Tsunami biasanya terjadi secara impulsif, berpunca daripada kejadian semula jadi seperti gempa bumi bawah laut, tanah runtuh dasar laut, letusan gunung berapi, letupan besar, atau malah hentaman objek kosmik seperti meteorit.

Perkara ini menyebabkan dasar laut tiba-tiba berubah, sama ada melalui pergeseran atau terangkat secara mengejut, yang menyebabkan air laut terdorong secara besar-besaran, lalu menghasilkan gelombang tsunami.

Tsunami biasanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza apabila merambat pada kawasan laut yang mempunyai kedalaman yang berbeza.

Di kawasan laut dalam tsunami boleh bergerak dengan kelajuan melebihi 800 km/jam dan biasanya mempunyai amplitude gelombang hanya dalam beberapa sentimeter.

Apabila gelombang tsunami menghampiri kawasan pantai yang lebih cetak, kelajuan gelombang berkurangan dan ketinggiannya bertambah sehingga membentuk dinding air dengan ketinggian mencapai puluhan meter.

Sebab Gempa Bumi Boleh Hasilkan Tsunami

Menurut jabatan, tsunami biasanya akan terhasil apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan yang akan menyebabkan air berkocak kuat.

Gempa bumi tektonik adalah gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi.

Bagaimanapun, tidak semua gempa bumi boleh menghasilkan tsunami.

Lazimnya, gempa bumi dengan kekuatan lebih daripada 6.5 magnitud, pada kedalaman kurang daripada 100 km dan berlaku di kawasan laut atau berhampiran dengan laut berpotensi menghasilkan tsunami.

Apabila gempa bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada di kawasan kejadian akan berubah dari kedudukan keseimbangannya.

Gelombang akan terhasil dari perubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya.

Apabila kawasan dasar laut yang berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, tsunami akan terhasil.

Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Fakta Mengenai Tsunami

SK kongsikan fakta-fakta mengenai tsunami seperti berikut;

  • Keadaan muka bumi di kawasan perairan dan pantai dapat memberi kesan ke atas saiz dan impak tsunami

  • Ombak tsunami boleh bergerak merentasi Lautan Pasifik dalam masa kurang dari sehari

  • Ombak pertama yang melanda tidak semestinya ombak yang tertinggi dalam siri ombak tsunami

  • Tsunami dapat bergerak dari lautan sehingga memasuki sungai

  • Ombak tsunami juga dapat bergerak mengelilingi sesebuah pulau

  • Paras air laut surut dengan tiba-tiba sehingga mendedahkan dasar laut berhampiran pantai sebelum kedatangan tsunami

  • Tsunami dapat membanjiri kawasan daratan sehingga 1 km atau lebih dari pantai.

  • Bahaya tsunami dapat berterusan sehingga beberapa jam selepas kedatangan ombak yang pertama

Semoga bermanfaat

BACA: Gempa Di Rusia Paling Kuat Sejak 1952

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia