Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Di Rusia Paling Kuat Sejak 1952

Sofea
gempa di rusia paling kuat
Kredit: RT

Gempa Di Rusia Paling Kuat Sejak 1952

Gempa bumi berukuran 8.8 magnitud di luar pantai timur jauh Rusia pada awal Rabu adalah yang paling kuat di rantau itu sejak 1952, dengan gegaran susulan berkemungkinan sehingga 7.5 magnitud, lapor AFP.

Perkara itu dimaklumkan oleh perkhidmatan pemantauan seismik serantau.

“Gempa bumi terkuat sejak 1952 baru sahaja berlaku di zon seismik Kamchatka. Gegaran susulan kuat sehingga 7.5 magnitud dijangka turut berlaku,” kata perkhidmatan geofizik Kamchatka di Telegram.

Gempa tersebut juga telah mencetuskan amaran tsunami di negara itu sendiri, Jepun, Hawaii, Ecuador, Filipina dan Indonesia.

Apa berlaku pada 1952?

Pada 4 November 1952, tsunami telah melanda di seluruh Pasifik susulan gempa kuat 9.0 magnitud di wilayah Rusia itu.

Kejadian itu menyebabkan kerosakan teruk di Semenanjung Kamchatka dan kemudian diteruskan ke seluruh Pasifik.

Pulau Midway telah dibanjiri dengan air setinggi satu meter, memenuhi jalan dan bangunan. Manakala, di Kepulauan Hawaii ombak memusnahkan bot, merobohkan talian telefon, memusnahkan jeti dan membanjiri rumput.

Sumber: AFP