Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wajah Menua Masa Hamil, Ramai Teruja Lihat Keadaan Terkini Wanita Ini
Kehamilan, yang merupakan anugerah daripada Allah SWT melalui rahim seorang wanita adalah impian yang dinantikan setiap pasangan.
Bagi para pejuang ‘dua garis’, mendapat tahu tentang kehamilan adalah berita gembira yang tiada tara.
Namun, di sebalik kegembiraan itu, tak semua bakal ibu benar-benar bersedia untuk melalui pelbagai cabaran yang datang bersama kehamilan.
Kita semua tahu tentang mabuk hamil, rasa letih luar biasa dan hilang selera makan.
Tapi, ada satu lagi kesan kehamilan yang jarang dibualkan, iaitu perubahan pada wajah akibat hormon yang tidak stabil.
Inilah yang dilalui oleh seorang wanita dikenali sebagai Lala, yang pernah tular di laman X selepas berkongsi perubahan ketara pada wajahnya ketika hamil.
Gambar dikongsi menunjukkan wajahnya yang dahulu sihat berubah menjadi kasar, menggerutu dan kelihatan menua, dengan garis-garis wajah yang jelas kelihatan.

Bagaimanapun, Lala baru-baru ini tampil berkongsi keadaan terkininya selepas sebulan melahirkan.
Dalam perbandingan foto seminggu selepas bersalin dan 21 hari selepas, kulit wajahnya kelihatan semakin pulih meski belum kembali seperti sebelum hamil.
Katanya, sebelum bersalin lagi dia telah mendapat nasihat daripada Euphie Clinic untuk menggunakan pencuci muka yang lembut agar tidak mengganggu kulit wajah yang sensitif.

Pada hari ke-27 selepas bersalin, Lala menjalani rawatan Fotona Rosacea Laser, yang berfungsi untuk mengurangkan kemerahan dan menenangkan radang kulit.
Hasilnya, wajahnya kini kurang merah dan kelihatan semakin sihat.

Selain itu, doktor juga memberikannya antibiotik (dalam bentuk ubat makan dan krim sapu) serta krim malam khas untuk membantu mengurangkan jangkitan dan radang kulit.
Namun, disebabkan bayinya masih mengalami kuning (jaundis), Lala belum mula mengambil ubat makan buat masa ini.
Meski ada yang memberikan komen negatif seperti mendakwa wajahnya terkena “penyakit ain” atau salah guna produk kecantikan, Lala tetap tenang.
Katanya, perubahan wajah ini bukan perkara pelik, tapi berpunca daripada hormon kehamilan.
“Macam saya cakap, ini semua akan berlalu. Ini hanyalah hormon kehamilan. Saya kecewa bila orang komen ‘ni penyakit ain’, ‘salah produk’, dan tak nak terima apa yang saya cuba sampaikan.
“Jadi untuk ibu-ibu baru atau sesiapa yang pernah alami macam saya, jangan risau,” nasihatnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terutamanya kaum wanita dilihat teruja dan tumpang gembira melihat keadaan terkini Lala.
Tidak kurang juga ramai yang meninggalkan kata-kata semangat untuk Lala meneruskan rawatan dan mendapatkan dirinya kembali.
Perkongsian Lala ini sebenarnya memberi semangat besar kepada ramai wanita yang mungkin pernah alami perubahan sama tapi tak tahu nak luahkan.
Bila ramai tahu bahawa perubahan kulit semasa hamil adalah normal, mereka mungkin tidak lagi rasa rendah diri atau malu.
Apa yang dilalui Lala mungkin sukar, tapi keberaniannya berkongsi memberi harapan dan kekuatan kepada ramai ibu lain untuk sama-sama ‘sembuh’.
BACA: Suami Penguat Semangat, Wanita Diuji Wajah Menua, Menggerutu Ketika Hamil
Sumber: @ayyitslala/X