Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sanggup Tunggu Sampai Penumpang Naik Bas, Tindakan Pemandu E-Hailing Ini Dipuji Ramai

Nur Erizsha
sanggup tunggu penumpang
Kredit: Hafiz Jamil
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sanggup Tunggu Sampai Penumpang Naik Bas, Tindakan Pemandu E-Hailing Ini Dipuji Ramai

Pengangkutan awam sememangnya menjadi pilihan utama ramai orang untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Selain mudah dan cepat, ia juga pilihan terbaik untuk mengurangkan kos perjalanan harian tanpa perlu memandu sendiri.

Namun, bagi sesetengah individu yang kerap menggunakan perkhidmatan ini, keselamatan adalah perkara yang sering menjadi kebimbangan utama terutamanya bagi wanita.

Ada yang terpaksa mencari cara lain untuk memastikan diri mereka benar-benar selamat, terutamanya ketika berada di kawasan yang sunyi atau asing.

Itulah yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang wanita memohon bantuan daripada pemandu e-Hailing untuk menemaninya sehingga selamat menaiki bas di sebuah terminal.

Menerusi perkongsian di Threads, pemandu e-Hailing bernama Hafiz Jamil memaparkan tangkap layar permintaan luar biasa penumpang tersebut yang menjadi perhatian netizen.

“Dari tahun 2021 aku buat e-hailing macam-macam ragam passenger aku dah jumpa, tapi kali ni rare sikit lah. Adik ni request teman dia sampai naik bas,” katanya.

Menurut Hafiz Jamil, pengalaman ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku sepanjang empat tahun dia menjadi pemandu e-Hailing.

“Kalau Encik tak keberatan, saya nak minta tolong Encik tunggu saya sampai naik bas, saya takut sikit stesen bas tu Encik,” kata penumpangnya.

Tambahnya, permintaan tersebut dibuat kerana penumpangnya berasa tidak selesa dan takut untuk berada seorang diri di stesen bas yang sunyi.

Difahamkan, tindakannya itu dibuat atas dasar keprihatinan kerana kawasan tersebut sememangnya sunyi dan bahaya untuk seorang perempuan bersendirian.

Tindakan ini telah menjadi bukti bahawa sifat tanggungjawab dan kemanusiaan masih wujud dalam diri masyarakat hari ini.

“Terima kasih orang baik”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan dan sikap tanpa ragu-ragu pemandu e-Hailing tersebut dalam memastikan keselamatan penumpangnya terjamin.

“Terima kasih sebab tolong teman dia. We need more protective male with integrity on earth”

How En. Hafiz handle the situation very professional dan bagus. Rezeki adik tu Allah temukan dengan orang yang bertanggungjawab”

Maybe dia anggap macam anak dia, risau…tanggungjawab”

“Kadang hanya menunjukkan keikhlasan jiwa satu manusia. Beri harapan bahawa ada orang baik masih tersisa di dunia”

pemandu e hailing
Kredit: Hafiz Jamil

BACA: Jurujual Kereta Sebak Lihat Reaksi Pelanggan ‘Belai’ Axia Rahmah Seperti Ferrari

BACA: Doktor Teruskan Pembedahan Meski Gempa Kuat ‘Gegar’ Bilik Bedah

BACA: ‘Brisk Walk’: Bila Teknik Betul, Badan Pun Cepat Susut

Sumber: Threads @Hafiz Jamil