Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Putrajaya, 1 Ogos – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang secara langsung memasukkan TABIKA KEMAS dalam inisiatif membina baharu, membaiki dan menaik taraf kemudahan pendidikan.
Di samping itu, KEMAS turut bersedia untuk melaksanakan pengumuman RMK-13 yang akan mewajibkan prasekolah bermula pada umur 5 tahun.
Kedua-dua pengumuman ini adalah selaras dengan usaha dan iltizam yang telah diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kepada KEMAS.
Sebagai agensi pelaksana pendidikan awal yang telah beroperasi sejak 55 tahun lalu, KEMAS akan mengambil langkah langkah segera sesuai dengan beberapa tindakan yang sedang diambil bagi memperkukuh ekosistem pembelajaran peringkat prasekolah.
KEMAS kini sedang membuka proses pendaftaran memasuki Tabika bagi sesi 2026 yang akan ditutup pada 31 Ogos 2025.
Sehingga kini, KEMAS mengendalikan 10,567 kelas TABIKA dan 547 TASKA, melibatkan lebih 200,000 kanak-kanak prasekolah di bawah bimbingan hampir 11,000 pendidik terlatih.
Usaha ini diperkukuh dengan pelaksanaan program pendidikan awal khas seperti Tunas Istimewa dan Pra Tahfiz, yang terus mendapat sambutan positif daripada komuniti.