Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
malaysia juara boling
Kredit: Facebook Bowling Malaysia

Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

Sofea

Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Skuad boling remaja negara sah muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 di Doha, Qatar selepas menambah tiga lagi pingat emas semalam.

Berbaki dua lagi kategori yang dipertandingkan iaitu Masters lelaki dan wanita, pasukan Malaysia nyata sukar dicabar oleh mana-mana negara apabila mengutip lima pingat emas dan empat gangsa keseluruhan.

Pada aksi semalam, pasukan negara turut mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kali berjaya memenangi acara berpasukan lelaki dan wanita di kejohanan itu.

Dalam acara berpasukan wanita, Malaysia yang dibarisi Qurratu’ain Izdihar Pozi, Adelia Nur Syazalee, Intan Nor Azliman dan Natalie Chong berjaya meraih pingat emas selepas mencatat 4,775 jatuhan pin dalam 24 permainan yang berlangsung selama dua hari.

Pingat perak dimenangi pasukan Taiwan dengan 4,563 jatuhan pin manakala pasukan Malaysia B yang terdiri daripada Nursyarafana Amri, Nurul Dayana Suhaidan, Helena Jamal dan Balqis Nurdini Khairul mencatat 4,456 jatuhan pin bagi merebut pingat gangsa.

Sementara itu dalam acara berpasukan lelaki, Sayed Abdullah, Hafiz Azhlan, Muhammad Aqil Faizal dan Wan Muhammad Zarif Mazlan menewaskan cabaran sengit dari Kuwait untuk menang dengan kelebihan hanya dua jatuhan pin apabila mencatat jumlah keseluruhan 5,198.

Tempat ketiga dimenangi Qatar dengan mengumpul 5,052 jatuhan pin.

Dalam pada itu, Qurratu’ain terus cemerlang apabila muncul juara keseluruhan individu wanita (all-events) selepas mengumpul 3,805 jatuhan pin sekali gus meraih emas keempat peribadinya di kejohanan itu.

Tempat kedua menjadi milik Huang Hsin Teng dari Taiwan (3,559), diikuti Intan dari Malaysia di tempat ketiga dengan 3,555 jatuhan pin.

Bagi kategori keseluruhan individu lelaki, Aqil menambah satu lagi pingat ke dalam koleksinya apabila memenangi gangsa dengan 3,921 jatuhan pin, di belakang Nasser Alkandari dari Kuwait (4,037) dan Abdulrahman Al Doseri dari Qatar (3,960).

Sumber: BERNAMA