Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
minyak masak lemak ayam
Gambar: AbeMatCrispy/TikTok

Wanita Ini Ajar Cara Proses Lemak Ayam Jadi Minyak Masak Terpakai

Nur Erizsha

Wanita Ini Ajar Cara Proses Lemak Ayam Jadi Minyak Masak Terpakai

Setiap kali memasak ayam, ramai antara kita yang akan membuang bahagian lemaknya kerana menganggap ia tidak elok untuk dimakan.

Namun, tahukah anda bahawa lemak ayam yang sering dianggap sebagai sisa sebenarnya boleh diproses menjadi minyak yang berguna?

Menariknya, proses menghasilkan minyak daripada lemak ayam ini tidak memerlukan kos yang tinggi atau peralatan canggih.

Cukup hanya menggunakan peralatan dapur yang sedia ada, anda sudah boleh hasilkan minyak masak terpakai yang boleh dikatakan lebih sihat.

Bahkan, dalam satu perkongsian menerusi TikTok @AbeMatCrispy, lemak ayam ini bukan sahaja boleh digunakan untuk kegunaan sendiri.

Malah, ia boleh dijual sebagai minyak masak terpakai, sekali gus membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan.

Dalam videonya, @AbeMatCrispy menunjukkan bagaimana dia memproses lemak ayam menjadi minyak.

“Lemak ayam saya proses jadi minyak. Masak je 2-3 jam sampai air dalam lemak tu tak ada. Boleh jual jadi minyak terpakai,” katanya.

Menurut @AbeMatCrispy, prosesnya sangat mudah. Lemak ayam perlu dibersihkan terlebih dahulu dan dimasak tanpa menambah air selama dua hingga tiga jam sehingga ia mengeluarkan minyak semula jadi.

@AbeMatCrispy turut menasihatkan agar lemak ayam disimpan dengan bersih agar tidak dihinggapi lalat atau serangga.

Ini penting untuk memastikan kualiti dan keselamatan minyak yang dihasilkan.

Tambahnya lagi, selain digunakan untuk memasak, minyak yang diperoleh daripada lemak ayam ini juga boleh dikitar semula menjadi biodiesel, sejenis bahan api mesra alam.

Ramai teruja, kongsi petua & pengalaman

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ramai yang berkongsi petua dan pengalaman mereka menggunakan minyak ayam untuk kegunaan harian.

“Inilah minyak sihat daripada haiwan.”

“Minyak ayam ni elok simpan, kalau terkena minyak panas atau melecur, cepat cepat sapu dengan minyak ayam. Insya Allah tak gelembung air.”

“Buat minyak untuk masak nasi ayam, nasi akan jadi lebih sedap.”

“Mak saya dulu buat sapu luka ganti minyak gamat. Memang elok hilang sekali parut. Siapa yang luka try letak.”

BACA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

BACA: Ini Cara Renew Insurans Kenderaan Guna MyJPJ

BACA: Rupanya Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Sinki

Sumber: AbeMatCrispy/TikTok