Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Satu-Satunya Bendera Negara Tanpa Warna Merah, Putih Atau Biru
Tahukah anda bahawa daripada beratus negara di dunia, hanya satu negara sahaja yang benderanya langsung tidak mengandungi warna merah, putih atau biru?
Jika diperhatikan, dalam kalangan bendera dunia, warna merah, putih dan biru adalah paling dominan.
Menurut Guinness World Records, 74 peratus bendera negara mengandungi merah, 71 peratus mengandungi putih dan 50 peratus pula mengandungi biru.
Malah, sebanyak 29 negara menggunakan ketiga-tiga warna ini serentak dalam reka bentuk bendera mereka.
Ini termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Korea Utara, Thailand, Costa Rica dan banyak lagi.
Namun, di sebalik populariti warna-warna ini, ada satu negara yang memilih jalan berbeza, iaitu tanpa sebarang merah, putih atau biru dalam benderanya.
Negara manakah yang dimaksudkan? Jawapannya ialah Jamaica.

Bendera kebangsaan Jamaica menampilkan palang berbentuk X berwarna emas yang membahagikan bendera kepada empat bahagian segi tiga, dua berwarna hijau dan dua lagi berwarna hitam.
Reka bentuk ini telah diperkenalkan secara rasmi pada Ogos 1962, bersempena dengan kemerdekaan Jamaica daripada British.
Bendera Jamaica bukan sekadar reka bentuk yang unik, sama seperti bendera lain, setiap warnanya penuh simbolik:
Emas melambangkan cahaya matahari dan kekayaan negara.
Hijau menggambarkan harapan serta kekayaan hasil pertanian dan alam semula jadi.
Hitam mewakili kekuatan serta kreativiti rakyat Jamaica yang tabah menghadapi cabaran.
Gabungan warna ini menjadikan bendera Jamaica sangat berbeza daripada majoriti bendera negara lain yang memilih palet warna tradisional seperti merah, putih dan biru.
Selepas trio merah, putih dan biru, warna hijau adalah warna paling banyak digunakan dengan 68 bendera negara yang menampilkannya.
Ini diikuti oleh kuning, yang hanya digunakan dalam 9 peratus bendera negara di dunia, menurut syarikat data Gramener.
Selain itu, ada juga warna yang sangat jarang ditemui atau hampir langsung tidak digunakan:
1. Merah jambu (pink)
Warna ini hanya wujud secara kecil dalam lambang kebangsaan dua negara sahaja, iaitu Sepanyol dan Mexico.
2. Ungu (purple)
Warna ini hampir tidak wujud dalam mana-mana bendera negara. Mengapa? Ini kerana pada abad ke-18 dan 19, pewarna ungu sangat mahal, malah lebih mahal daripada emas.
Disebabkan kos yang terlalu tinggi, tiada negara mampu menggunakannya dalam bendera mereka ketika itu, dan warna ini kekal tidak popular hingga hari ini.
BACA: Ketahui Sebab Tali Pinggang Kru Kabin Berbeza Dengan Penumpang
BACA: Rupanya Ini Sebab Sebenar Tayar Kenderaan Ada ‘Rambut’
BACA: TNB Dedah ‘Trik’ Jimat Elektrik Di Rumah
Sumber: Reader’s Digest