Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tali pinggang kru kabin
Gambar: AI/ImageFX

Ketahui Sebab Tali Pinggang Kru Kabin Berbeza Dengan Penumpang

Nur Erizsha

Ketahui Sebab Tali Pinggang Kru Kabin Berbeza Dengan Penumpang

Kapal terbang merupakan antara pilihan utama orang ramai untuk melakukan perjalanan jarak jauh, sama ada dalam mahupun luar negara.

Setiap kali menaiki pesawat, ramai yang teruja merasai pengalaman terbang tinggi di udara sambil menikmati pemandangan awan yang memutih di luar tingkap.

Namun, pernahkah anda perasan bahawa tali pinggang keledar yang dipakai oleh kru kabin tidak sama seperti yang digunakan oleh penumpang?

Jika diperhatikan, tali pinggang keselamatan kru kabin mempunyai tambahan tali silang berbentuk ‘X’ di bahagian dada. Manakala, penumpang hanya memakai tali mendatar di pinggang.

Kenapa tali pinggang kru kabin berbentuk ‘X’?

Persoalan ini pernah dibangkitkan oleh seorang pengguna Reddit dalam forum NoStupidQuestions.

Seorang penumpang berseloroh mengatakan tali pinggang dada tidak disediakan kepada penumpang biasa kerana dianggap terlalu kompleks.

Namun begitu, seorang bekas pramugari tampil memberikan penjelasan berdasarkan pengalamannya bekerja dalam pesawat kecil yang mempunyai 50 tempat duduk.

Menurutnya, tempat duduk kru kabin yang dikenali sebagai “jump seat” tidak dipasang kukuh pada struktur pesawat.

Oleh itu, mereka memerlukan tali tambahan bagi memastikan keselamatan semasa fasa kritikal seperti berlepas dan mendarat.

“Kami perlukan tali tambahan kerana tempat duduk itu terlalu melantun semasa berlepas dan mendarat,” katanya.

Melindungi kru kabin daripada risiko hentakan

Menurut laman Aerosavvy, tali pinggang berbentuk ‘X’ ini bertindak sebagai perlindungan tambahan bagi kru kabin yang tidak mempunyai tempat duduk di hadapan mereka.

Ini berbeza dengan penumpang biasa yang dilindungi oleh kerusi di hadapan jika berlaku hentaman.

Kebanyakan kru kabin duduk dalam posisi menghadap penumpang, justeru tali pinggang silang ini membantu mereka kekal stabil dan tidak tercampak ke depan sekiranya berlaku pelanggaran atau hentakan kuat.

Selain itu, tali ini direka agar mudah ditanggalkan sekiranya berlaku kecemasan, membolehkan kru kabin bangun dengan cepat untuk membantu penumpang lain keluar dari pesawat.

Mengapa ia tidak sesuai untuk penumpang biasa?

Walaupun tali pinggang ‘X’ ini lebih selamat, ia tidak sesuai untuk digunakan oleh penumpang biasa kerana memerlukan latihan tertentu untuk memakainya dengan betul.

Oleh itu, reka bentuk tali pinggang penumpang disesuaikan agar mudah digunakan dan cepat dibuka ketika kecemasan.

BACA: Wanita Ini Ajar Cara Proses Lemak Ayam Jadi Minyak Masak Terpakai

BACA: Rupanya Ini Sebab Sebenar Tayar Kenderaan Ada ‘Rambut’

BACA: TNB Dedah ‘Trik’ Jimat Elektrik Di Rumah

Sumber: Daily Mail