Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kakitangan Malaysia Airlines Diiktiraf Terbaik Di Asia, Kru Kabin Ketiga Terbaik Dunia

Kakitangan Malaysia Airlines
Kredit: Bernama

Malaysia Airlines mencatat pencapaian membanggakan di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2026 apabila menduduki tempat pertama bagi kategori Kakitangan Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia.

Menurut Malaysia Airlines, kedudukan itu meningkat enam anak tangga berbanding sebelumnya.

Malah, kru kabinnya turut menduduki tempat ketiga terbaik dunia.

Kredit: MAS

Syarikat penerbangan itu juga berada di tempat kedua bagi kategori Perkhidmatan Lapangan Terbang Terbaik Dunia.

Malaysia Airlines turut berada di kedudukan ke-10 sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia, ke-11 bagi Syarikat Penerbangan Paling Bersih di Dunia, ke-12 bagi Syarikat Penerbangan Kelas Ekonomi Terbaik Dunia, ke-18 bagi Syarikat Penerbangan Kelas Perniagaan Terbaik Dunia dan ke-21 bagi Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia.

Dalam pada itu, syarikat tersebut turut meraikan kejayaan oneworld yang dinobatkan sebagai Pakatan Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2026.

Kredit: MAS

“Setiap langkah ke hadapan ini adalah hasil sumbangan warga kerja kami, sama ada di udara mahupun di darat, serta para pelanggan, rakan kongsi dan penyokong yang terus bersama dalam perjalanan ini.

“Terima kasih kerana terus mempercayai Hospitaliti Malaysia.

“Kami telah melalui perjalanan yang panjang dan kami masih terus mendaki.

“Bersama-sama menuju cita-cita untuk menjadi antara 10 syarikat penerbangan terbaik dunia menjelang 2030,” katanya.

Intipati
  • Malaysia Airlines menduduki tempat pertama kategori Kakitangan Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia.
  • Kru kabinnya berada di tempat ketiga dunia, manakala perkhidmatan lapangan terbang meraih tempat kedua.
  • Syarikat itu turut berada di kedudukan ke-21 dalam senarai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan