Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Khairul Aming Nak Belanja 10 Orang Pergi New Zealand
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) telah memperkenalkan produk ketiganya semalam iaitu Rendang Nyet Berapi. Pengumuman itu membuatkan orang ramai terutamanya peminatnya sangat teruja untuk mencuba.
Dilancarkan secara rasmi dan boleh mula dibeli pada Jumaat ini, KA sekali lagi mengumumkan sesuatu yang mengujakan hari ini.
Menerusi video terbaru, KA berkata akan turut mengadakan giveaway pada Jumaat di mana lima pembeli terpantas akan dibawa bercuti ke New Zealand pada bulan Oktober depan.
“Bulan 10 ini KA akan bawa lima orang pergi bercuti ke New Zealand dan korang boleh bawa plus one lagi.
“Untuk percutian ini, pertama sekali kita akan pergi ke South Island of New Zealand, salah satu tempat yang paling cantik.
“Dari segi aktiviti pula, sudah tentu bila bercuti dengan Khairul Aming, kita akan masak sama-sama nantilah. Sambil tengok langit biru, cantik,” katanya.
Selain di lokasi itu, KA berkata banyak lagi aktiviti yang akan dilakukan dan tempat-tempat menarik yang akan dikunjungi.
Menurutnya, bulan Oktober dipilih kerana ia merupakan musim bunga di sana, menjadikan pemandangan sangat cantik dengan langit yang cerah.
Ujarnya lagi, dia juga masih menjalinkan hubungan rapat dengan kedutaan New Zealand selepas berjumpa perdana menteri negara itu pada tahun lalu.
“Jadi percutian ini nak merapatkan lagi ukhuwah antara dua negara,” katanya.
Terdahulu, KA berkata sebanyak 70,000 unit produk baharu akan dikeluarkan pada 8 Ogos ini dengan jualan akan dibuat menerusi siaran langsung di TikTok Khairulaming bermula 9 malam.
“Selepas berbulan-bulan menghilangkan diri, hari ni KA nak umum yang produk ketiga kita sudah pun sedia untuk dikeluarkan.
“Semua kerja keras, penat lelah tidak tidur malam selama 3 bulan ini akhirnya sampai ke penghujungnya,” katanya.
Sumber: Khairul Aming