Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Aksi Pelanggan “VVIP” Park Kereta Dalam Kedai Bikin Kecoh

Hannah
kereta vvip dalam kedai
Gambar: TikTok @izahoneygold
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Aksi Pelanggan “VVIP” Park Kereta Dalam Kedai Bikin Kecoh

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan detik cemas sebuah Proton X50 berwarna merah merempuh masuk ke dalam sebuah kedai.

Kejadian yang mengejutkan itu dirakam menerusi CCTV dan dimuat naik oleh pengguna TikTok, @izahoneygold, yang dipercayai merupakan pemilik kereta tersebut.

Insiden itu difahamkan berlaku pada jam 11.05 pagi, 5 Ogos lalu. Berdasarkan video yang dikongsikan, kelihatan kereta terbabit meluncur laju sehingga merempuh pintu masuk premis tersebut.

Lebih mencemaskan, seorang pekerja di kedai berkenaan dilihat terkejut dan memanjat kaunter sebelum berlari keluar, dipercayai untuk menyelamatkan diri.

“Bila peminjam pergi park terus dalam kedai…”

Menurut pemilik akaun @izahoneygold, kereta itu dipandu oleh seorang wanita yang juga sepupunya, ketika kejadian berlaku.

Difahamkan, kereta milik sepupunya rosak dan berada di bengkel, menyebabkan dia meminjam Proton X50 tersebut untuk sementara waktu.

“Cousin yang bawa masa kejadian. Dia pun nak pergi tengok kereta dia dekat bengkel. Dah dua-dua dekat bengkel,” tulisnya menjawab persoalan netizen di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa syukur kerana tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Namun begitu, ada juga yang simpati dengan nasib si peminjam yang kini bukan sahaja perlu membaiki keretanya sendiri. Malah, dia perlu menanggung kos kerosakan pada kereta sepupunya serta membayar ganti rugi kedai yang terlibat.

“Aduh. Saya pun tak bagi sebarang orang drive, X50 ni lain sikit. Lagi satu, kalau orang tak biasa dia pergi tekan minyak kuat untuk starting. Kereta ni, tekan sikit pun dah ke depan.”

“Banyak nak kena tanggung ni. Repair kereta sendiri dekat bengkel, repair kereta orang, ganti rugi kerosakan kedai. Masak woi.”

Tuan kereta dipuji kekal ‘santai’

Dalam satu komen yang menarik perhatian, difahamkan tuan kereta kekal santai meski keretanya ‘berumah’ di bengkel akibat kejadian ini.

“Ownernya relaks je minum dengan saya semalam.”

“Eh eh. Pemilik kereta boleh positif lagi. Kalau aku dah hamuk dah kak.”

Namun, bagi meredakan kebimbangan netizen yang turut simpati, tuan kereta tampil menjelaskan bahawa sepupunya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kos kerosakan.

Dalam pada itu, insiden ini seharusnya menjadi peringatan untuk kita lebih berhati-hati agar ia tidak berulang pada masa hadapan sehingga melibatkan nyawa.

BACA: Gelagat Anak Gunting Rambut ‘Pesakit ICU’, Buat Ramai Terhibur

BACA: Hantar Adik Bongsu Sambung Belajar, “Abang Paling Garang” Gagal Tahan Tangis

BACA: Shahrol Shiro Silap Masuk Kereta, Sampai Merah Muka Tahan Malu

Sumber: TikTok @izahoneygold