Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Shahrol Shiro Silap Masuk Kereta, Sampai Merah Muka Tahan Malu
Situasi tersalah masuk kereta mungkin sudah dialami oleh kebanyakan orang. Kebiasaannya keadaan ini berlaku ketika di stesen minyak, iaitu selepas selesai membeli makanan atau keluar dari tandas.
Nampak kereta sama terus masuk, padahal kereta kita sudah beralih ke tempat lain. Bagi yang pernah merasai saja dapat membayangkan betapa malunya keadaan pada ketika itu.
Perkara tersebut turut dialami oleh pelawak, Shahrol Shiro yang tersalah masuk kereta ketika di sebuah stesen minyak.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya di TikTok, Shahrol dilihat baru keluar dari membeli minuman dan terus meluru ke sebuah kereta yang sedang berhenti untuk mengisi minyak.
Detik-detik lucu itu dirakam oleh rakannya yang sedang menunggu di dalam kereta.
“Berhenti isi minyak tadi aku suruh Am bawak kereta, aku ke tandas jap. Lepas tu beli air mineral. Keluar kedai mata tengok telefon terus buka pintu kereta ada pak cik India tegur “kenapa buka kereta saya bang?”.
“Aku tengok interior kereta lain dari aku punya. Aku minta maaf salah kereta pulak. Dia ni pun hon la cakap kereta kat depan. Terima kasih la Zam dapat rakam momen memalukan ni,” kata Shahrol di kapsyen.
Dapat dilihat dalam video itu Shahrol hanya mampu ketawa dan menutup sedikit wajahnya kerana menahan rasa malu.
“Kau parking depan kau beritahulah, ingat kau masih kat situ,” kata Shahrol kepada rakannya apabila masuk ke dalam kereta.
“Tadi aku dah isi minyak, lepastu aku parking dekat sini, aku tengok kau menonong je masuk (kereta lain),” balas rakannya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video terbabit dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama.
Selain itu, ada yang imbas kembali momen Shahrol tersilap hantar anaknya ke sekolah.
“Saya pernah kena macam ni, makcik tu siap masuk tutup pintu dah sekali dia tanya, makcik silap ke awak silap. Dengan sopan menjawab kita tak salah, kereta yang salah makcik”
“Saya penah lepas isi minyak terus masuk tempat duduk belakang. Pastu mak cakap,”abis kereta ni nk suruh bergerak sendiri ke ape?”
“Haritu hantar anak salah sekolah, ni salah masuk kereta pulak, alamak tuan.”
Sumber: Shahrol Shiro